Bugatti Bolide terakhir telah diserahkan kepada pemiliknya, lima tahun sejak hypercar litar ini diperkenalkan.
Dengan penyerahan ini, Bugatti menutup babak salah satu ciptaan paling ekstrem mereka. Terhad kepada hanya 40 unit, Bolide yang dibina khusus untuk litar lumba ini menggunakan enjin W16 quad turbo versi paling ekstrem.
Pemilik terakhir Bolide, yang dilaporkan membayar 4 juta euro (RM19 juta), adalah seorang pengumpul Bugatti berpengalaman yang memiliki Type 35 dan Veyron Grand Sport terakhir.
Beliau hadir sendiri ke kilang Bugatti di Molsheim, timur laut Perancis untuk mendapatkan Bolide miliknya. Ia menampilkan luaran Black Blue dan Special Blue Lyonnais dengan dalaman Lake Blue bersalut Alcantara, sepadan dengan tema warna Veyron miliknya.
Walaupun pengeluaran Bolide kini sudah berakhir, enjin W16 quad turbo Bugatti akan terus dihasilkan untuk Mistral, yang kini dalam fasa penyerahan. Terhad kepada 99 unit, Mistral memegang gelaran kereta convertible produksi paling laju di dunia.
Selepas Mistral, Bugatti akan memasuki era baru dengan Tourbillon, pengganti Chiron. Model ini menampilkan enjin NA 8.4 liter V16 yang dibangunkan Cosworth dengan sistem hibrid, sekaligus menunjukkan peralihan jenama itu kepada trenkuasa yang lebih mesra alam.
Walau bagaimanapun, enjin W16 masih berpeluang hidup melalui projek khas menerusi Programme Solitaire baharu Bugatti. Program ini akan menghasilkan model one-off menggunakan casis dan enjin sedia ada, seperti Brouillard yang diperkenalkan pada Ogos lalu.
Morbidelli, jenama legenda Itali yang kini di bawah Keeway Group memperkenalkan model power cruiser kapasiti pertengahan C652V.
Morbidelli memaklumkan C652V direka untuk merevolusikan segmen cruiser dengan gabungan kecanggihan teknikal, prestasi unggul dan reka bentuk yang tersendiri.
Tidak hanya cruiser, pelana C652V boleh ditanggalkan untuk menjadi sebuah Bobber.
C652V dijadualkan tiba di pengedar Eropah pada awal tahun 2026. Bagaimana pula dengan pasaran tempatan?
Semasa kerancakan pengenalan pelbagai model Mobidelli baru-baru ini, MForce hanya melancarkan siri kembara T502X dan T250X.
Enjin dan Pacuan
C652V dikuasakan enjin V-Twin 650cc dengan kuasa lebih 55 hp dan tork 62Nm. Enjin dipadankan bersama kotak gear 6-kelajuan dan klac slipper.
Morbidelli membekalkan tangki petrol berkapasiti 18 liter. Satu yang menarik, C652V menggunakan pacuan tali sawat dan bukannya rantai.
Pacuan ini memberikan penghantaran kuasa yang lancar, senyap dan penyelenggaraan yang minimum.
Data utama enjin:
Enjin: 650cc V-2-silinder/4-lejang/8-injap
Kuasa Maksimum: 55.7 hp pada 7,500 rpm
Tork Maksimum: 62.0 N·m pada 6,000 rpm
Sistem Penyejukan: Sejukan cecair
Kelajuan Maksimum: 170 km/j
Rangka dan Casis
C652V menggunakan rangka dua buaian aloi aluminium (double-cradle) yang dihasilkan melalui proses pembuatan canggih tanpa titik kimpalan (weldless frame).
Ketinggian Pelana/Tempat Duduk: 710 mm
Jarak Roda: 1,645 mm
Berat (Curb Weight): 255 kg
Suspensi Hadapan: Fork terbalik 43 mm, jarak pergerakan: 138 mm
Gantungan Belakang: Sistem Pro-link tunggal (monoshock), jarak pergerakan: 48 mm
Tayar Hadapan: 130/70R18
Tayar Belakang: 200/55R16
Keselamatan dan Elektronik
Morbidelli memasang brek depan dengan dua cakera bersaiz 300 mm bersama angkup dua omboh. Set belakang pula terdiri daripada angkup satu omboh dan cakera 240 mm.
Keseluruhan sistem diuruskan oleh ABS dua saluran. Membantu tunggangan ialah
Untuk mengendalikan tork V-Twin, C652V didatangkan standard dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan dua mod tunggangan:
Mod Economic: Menawarkan persediaan yang seimbang untuk tunggangan harian dengan TCS aktif.
Mod Sport: Menyediakan tindak balas pendikit yang lebih tajam dan membenarkan penyahaktifan TCS secara manual.
Kelengkapan dan Ciri-ciri
Kelengkapan standard termasuk:
Panel Instrumen: Gabungan (Combination), menyepadukan paparan digital pusat di dalam takometer analog.
Lampu: Lampu LED penuh untuk lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat.
Port Pengecasan: Soket USB-A.
Tempat Duduk: Pelana penumpang boleh ditanggalkan, membolehkan penukaran gaya bobber.
Kumpulan Hyundai Motor (Kumpulan) sedang mempercepatkan pelancaran perkhidmatan Vehicle-to-Everything (V2X) di seluruh dunia.
Sistem ini membolehkan kenderaan elektrik (EV) berfungsi sebagai hab tenaga iaitu menyimpan, membekal dan berkongsi elektrik dengan grid kuasa dan rumah.
Perluasan perkhidmatan ini merangkumi Vehicle-to-Grid (V2G) di Korea dan Eropah, serta Vehicle-to-Home (V2H) di Amerika Syarikat.
Peneraju V2G di Korea, Bermula di Jeju (Jom bercuti!)
Pulau Jeju bukan sahaja tempat percutian tetapi juga lokasi perkhidmatan rintis V2G pertama di Korea dan dijadualkan menjelang akhir tahun 2025 menggunakan Kia EV9 dan Hyundai IONIQ 9.
Projek ini direka untuk menangani isu lebihan bekalan tenaga boleh baharu di Jeju dengan menggunakan EV sebagai sumber grid fleksibel yang boleh mengembalikan elektrik yang tersimpan kepada grid.
Projek rintis ini adalah kerjasama awam-swasta yang penting dengan peranan setiap pihak merangkumi:
Kumpulan Hyundai Motor: Menerajui pengesahan teknologi V2G dan menguruskan operasi keseluruhan.
Wilayah Pentadbiran Khas Jeju: Menyokong penambahbaikan dasar dan peraturan yang penting untuk pelaksanaan.
Perbadanan Tenaga Elektrik Korea (KEPCO): Memudahkan penyepaduan EV ke dalam grid pengagihan.
Hyundai Engineering: Menganalisis operasi stesen pengecasan dan meneroka peningkatan perkhidmatan masa depan.
2026 EV9
Melalui inisiatif ini, pengguna boleh mengecas EV mereka apabila harga tenaga rendah dan membekalkan elektrik apabila harga meningkat melalui pasaran tenaga masa nyata Jeju.
Kaedah ini membantu menyokong kestabilan grid sambil mengurangkan kos tenaga keseluruhan.
Kumpulan merancang untuk memperluas perkhidmatan V2G ke seluruh Korea selepas fasa rintis.
V2G Komersial di Eropah
Di Eropah, Kumpulan terus memperluas penyelesaian tenaganya dengan memperkenalkan perkhidmatan V2G yang dikomersialkan di Belanda.
Kumpulan merupakan OEM pertama yang melancarkan perkhidmatan V2G berfokuskan pelanggan di rantau itu dan kesinambungan kepada perkhidmatan Smart Charging (V1G) yang diperkenalkan sebelum ini.
Pendaftaran pelanggan untuk perkhidmatan V2G ini akan bermula pada akhir tahun 2025.
Pelaksanaan V2G di Belanda melibatkan ciri-ciri berikut:
Perkhidmatan memanfaatkan teknologi pengecasan dua arah dan pengecas yang serasi dengan kenderaan Hyundai dan Kia.
Pelanggan mendapat faedah daripada penjadualan V2G automatik. Penjadualan ini mengoptimumkan pengecasan pada kadar rendah dan membolehkan penjualan lebihan tenaga ke grid semasa waktu harga puncak.
Sistem ini bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan elektrik pelanggan tetapi juga membolehkan mereka menjana nilai baharu melalui penyertaan aktif dalam perdagangan tenaga.
Model yang akan ditawarkan pada mulanya ialah Kia EV9 dan Hyundai IONIQ 9, dengan rancangan merangkumi lebih banyak model EV dan pelancaran ke negara Eropah yang lain.
Perkhidmatan V2G ini amat membantu menstabilkan grid Belanda, yang menghadapi harga elektrik tinggi dan sistem kuasa yang semakin berubah-ubah.
Ia juga memainkan peranan penting dalam menyokong pengembangan tenaga boleh baharu di Belanda.
V2H di A.S.: Keselamatan dan Penjimatan Tenaga Isi Rumah
Di Amerika Syarikat (A.S.), Kumpulan akan melancarkan perkhidmatan Vehicle-to-Home (V2H) tidak lama lagi, membolehkan EV menyediakan penyelesaian kuasa kecemasan untuk rumah.
Perkhidmatan ini adalah penting semasa situasi kritikal seperti bencana alam (contohnya kebakaran hutan), gangguan bekalan elektrik rutin atau tempoh permintaan puncak, sekali gus meningkatkan daya tahan tenaga isi rumah.
Pelaksanaan V2H di A.S. melibatkan model berikut:
Kia: Melancarkan V2H dengan model EV9 pada Februari 2025, berfungsi sebagai sumber kuasa sandaran rumah yang boleh dipercayai.
Hyundai: Akan memperkenalkan fungsi V2H bermula dengan IONIQ 9.
Perluasan: Kia juga akan mengembangkan tawaran V2H kepada model EV6 (bermula dengan model P/E).
Fungsi V2H membolehkan pemilik EV menyimpan elektrik dalam bateri kenderaan mereka semasa waktu luar puncak (kos rendah) dan membekalkannya semula ke rumah semasa waktu puncak, sekali gus berpotensi mengurangkan kos elektrik isi rumah.
MORBIDELLI memperkenalkan model terbarunya, T502XR. Walaupun berkongsi platform asas 500cc, model T502XR adalah varian yang lebih ekstrem dan berbeza spesifikasi daripada model Morbidelli T502X yang baru dilancarkan di Malaysia.
Akronim XR cerminan kepada konsep crossover radikal (radical crossover).
Model ini direka untuk mengimbangi penggunaan 50 – 50 iaitu jalan raya dan off-road, menjadikannya sesuai untuk tunggangan enduro dan pengembaraan.
T502XR bakal tiba di pengedar Eropah pada separuh pertama tahun 2026.
Enjin dan Prestasi
T502XR dikuasakan enjin L-twin 486cc dengan konfigurasi 90 darjah. Enjin 4-lejang, 8-injap ini menggunakan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api EFI-Marelli.
Kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan yang dibantu oleh klac gelincir (slipper clutch).
Enjin: 486cc L-2-silinder/4-lejang/8-injap
Kuasa: 47 hp @ 8,500 rpm
Tork: 45Nm @ 6,750 rpm
Transmisi: 6-kelajuan dengan klac gelincir (slipper clutch)
Kelajuan Maksimum: 160 km/j
Tangki: 18 liter
Casis dan Pengendalian
T502XR menggunakan rangka jenis berlian (diamond). Aspek off-road dipertingkatkan dengan konfigurasi roda enduro klasik, tayar bunga dalam daripada CST dan penambahan jarak kelegaan tanah.
Pakej suspensi yang ditingkatkan memastikan keupayaan serapan hentakan yang baik dengan travel hadapan 200 mm.
Rangka: Jenis berlian
Konfigurasi Roda: 21-inci (Depan) / 18-inci (Belakang) rim berjejari tanpa tiub
Suspensi Hadapan: Fork terbalik 41 mm
Pergerakan Suspensi Hadapan (Travel): 200 mm
Pergerakan Suspensi Belakang (Travel): 69 mm
Kelegaan Tanah (Ground Clearance): 230 mm (T502X 210 mm)
Berat (Curb): 198 kg
Teknologi dan Keselamatan
T502XR dilengkapi teknologi canggih untuk menyesuaikannya dengan dua penggunaan.
Model ini dilengkapi Kawalan Pendikit Elektronik (Electronic Throttle Control atau ETC) yang membolehkan pelbagai mod tunggangan.
Aspek keselamatan dikendalikan oleh sistem ABS Dua Saluran Bosch dengan pilihan penyahaktifan yang fleksibel untuk memberikan kawalan optimum di laluan bertanah.
Sistem Pendikit: Kawalan Pendikit Elektronik (ETC)
Mod Tungkangan (Ride Modes): 4 Mod (Standard, Rain, Sport, Off-Road)
Sistem ABS: 2-Saluran Bosch
Fungsi ABS OFF: Pilihan penyahaktifan penuh atau penyahaktifan belakang sahaja
Brek Hadapan: Cakera terapung 320 mm dengan kaliper J.Juan 4-piston
Reka Bentuk dan Ciri-Ciri Premium
Reka bentuk T502XR agresif dan berfungsi dengan madgad hadapan yang tinggi (T520X jenis rendah), pelindung enjin, pelindung tangan bersepadu dan pelindung bawah enjin aluminium yang padu.
Ketinggian tempat duduk dinaikkan kepada 860 mm untuk ergonomik berdiri yang lebih baik. Model ini diperkenalkan dalam warna warisan Morbidelli iaitu Heritage Celeste dan Putih.
Ketinggian Tempat Duduk: 860 mm (T502X 210 mm)
Panel Instrumen: Skrin TFT 7 inci dengan mirroring navigasi
Keselesaan Penunggang: Pemegang dan tempat duduk dengan pemanas
Pencahayaan: LED
Kelengkapan Tambahan: Port pengecasan USB (Type-A dan Type-C), suis bercahaya
Perbandingan Morbidelli T502XR dan T502X (Pasaran Malaysia)
Format: T502XR ialah model 50% Off-road / 50% Jalan Raya; T502X lebih berorientasi Atas Jalan Raya (On-road).
Roda: T502XR menggunakan saiz Enduro 21″/18″; T502X menggunakan saiz Adventure 19″/17″.
Jarak Suspensi Hadapan: T502XR (200 mm) lebih panjang 20 mm berbanding T502X (180 mm).
Kelegaan Tanah: T502XR (230 mm) lebih tinggi 20 mm berbanding T502X (210 mm).
Ketinggian Tempat Duduk: T502XR (860 mm) lebih tinggi 20 mm berbanding T502X (840 mm).
Berat Kering: T502XR (198 kg) lebih ringan 12 kg berbanding T502X (210 kg).
Mod Tunggangan: T502XR menawarkan 4 Mod; T502X menawarkan 2 Mod.
Brek Hadapan: T502XR menggunakan cakera 320 mm; T502X menggunakan cakera 300 mm.
AUDI memperkenalkan model konsep SUV premium iaitu AUDI E SUV di Auto Guangzhou 2025.
AUDI untuk China manakala Audi kekal dihidangkan pada pasaran global.
Jenama AUDI diperkenalkan pada November 2024, disasarkan secara khusus untuk segmen pelanggan baharu dalam pasaran kenderaan elektrik pintar.
Model AUDI yang pertama, E5 Sportback telah dilancarkan pada September 2025.
Kerjasama Teknologi
Model konsep AUDI E SUV menggabungkan kepakaran teknologi Audi dengan inovasi rakan kongsi China, SAIC, dalam ekosistem digital tempatan.
Model ini dibangunkan berdasarkan Platform Digital Termaju (ADP) yang dibangunkan bersama SAIC.
Prestasi Elektrik dan Pacuan Roda
AUDI E SUV dikuasakan dua motor elektrik, satu di gandar hadapan dan satu di gandar belakang dan menghasilkan output 500 kW (680 ps).
Digabungkan dengan pacuan semua roda quattro, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa kira-kira lima saat.
Sistem Bantuan Pemandu dan Jarak
Model ini dilengkapi sistem bantuan pemandu inovatif yang direka khusus untuk China, iaitu Sistem Bantuan Pemanduan AUDI 360.
Sistem ini disesuaikan untuk keadaan lalu lintas dan senario pemanduan China, menawarkan pengalaman pemanduan yang santai dan selamat di lebuh raya, dalam kesesakan lalu lintas bandar, serta semasa bantuan meletak kereta.
Kapasiti Bateri: 109 kWj
Jarak Perjalanan: Lebih daripada 700 kilometer (CLTC)
Senibina: 800-volt (Platform Digital Termaju)
Pengecasan Pantas: Boleh mengecas semula jarak 320 kilometer dalam sepuluh minit di stesen pengecasan pantas.
Reka Bentuk Luaran
E SUV menterjemahkan bahasa reka bentuk jenama AUDI, yang dibangunkan secara eksklusif untuk China.
Perkadaran: Unjuran (shorthang) pendek dan senibina kenderaan yang direka dengan tepat memberikan penampilan yang dinamik, seolah-olah sentiasa bergerak ke hadapan.
Ciri-ciri: Permukaan kemas, grafik pencahayaan melingkari di hadapan dan belakang dan gerbang roda yang dibentuk ke dalam. Gayaan ini meneruskan bahasa reka bentuk keluarga portfolio AUDI sambil mengekalkan identiti tersendiri.
Hadapan: Lampu hadapan LED Matrix digital yang disusun secara menegak dalam gelung/lingkaran hitam.
Dimensi
Panjang: 5,057 mm
Lebar: 2,042 mm
Ketinggian: 1,786 mm
Jarak Roda: 3,060 mm
Pelancaran 2026
Versi pengeluaran konsep E SUV akan dilancarkan pada 2026 sebagai model kedua selepas E5 Sportback dari AUDI.
Gernot Döllner, CEO of AUDI AG, with the AUDI E SUV concept
Mitsubishi Motors Philippines Corporation (MMPC) telah memulakan jualan SUV Destinator serba baharu pada 20 November.
Mitsubishi merancang untuk memperkenalkan model tujuh tempat duduk ini ke Vietnam dan negara-negara ASEAN lain serta Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika.
Meskipun Malaysia tidak disenaraikan secara khusus, Mitsubishi mahu melancarkan Destinator di kira-kira 70 buah negara secara keseluruhan.
Destinator dihasilkan oleh Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia di Bekasi, Jawa Barat.
SUV ini dibangunkan dengan konsep produk Confidence Booster for Energetic Families (Penggalak Keyakinan untuk Keluarga Bertenaga).
Nama Destinator dipilih dengan harapan model ini akan memperkasa pemandu dan keluarga mereka untuk mengejar destinasi baharu dengan penuh keyakinan.
Ciri-ciri Utama
Destinator menggabungkan reka bentuk SUV yang tulen dengan ruang dalaman premium dan luas, memastikan keselesaan untuk semua penumpang.
Ia turut menawarkan pecutan yang berkuasa dan mengujakan dari enjin 1.5 liter turbo, serta prestasi pemanduan yang selamat dan boleh dipercayai dalam pelbagai keadaan jalan raya dan cuaca.
Di Indonesia, Destinator telah menunjukkan permulaan yang baik sejak pelancarannya pada Julai lalu, dengan kira-kira 12,000 tempahan dalam tempoh empat bulan.
Model ini juga memenangi anugerah berprestij Car of the Year 2025 dan Best Medium SUV di GridOto Awards 2025.
Reka Bentuk dan Dalaman
Reka bentuk luaran Destinator mengikut konsep GRAVITAS & DYNAMISM.
Gravitas merujuk kepada kehadiran dan penampilan SUV yang teguh dengan perkadaran SUV yang mantap dan kedudukan yang lebar.
Dynamism diluahkan melalui tenaga dan keupayaan reka bentuk luaran bagi mengatasi cabaran di jalan raya.
Ciri luaran dan dalaman termasuk:
Rekaan depan Dynamic Shield yang lebih berani dan anggun, melambangkan prestasi dan perlindungan.
Lampu hadapan dan lampu belakang berbentuk T yang menyerlahkan kedudukan lebar kenderaan.
Reka bentuk belakang Hexaguard Horizon yang menarik perhatian.
Roda aloi 18-inci.
Paparan dalaman Monolithic Display Panel yang menggabungkan SDA 12.3-inci dan meter LCD 8-inci (GT dan GLS). Varian GLX menggunakan meter jenis analog.
Bumbung panoramik untuk varian GT, ruang dalaman dengan cahaya semula jadi.
Varian GT menampilkan kulit sintetik dua tona (Maroon & Hitam) dengan teknologi Heat Guard (kalis haba).
Varian GLS dan GLX menampilkan warna dalaman hitam klasik.
Rangkaian Kuasa dan Pengendalian
Jenis Enjin: 1.5 liter turbo (4B40) Euro-4.
Kuasa Maksimum: 163 ps pada 5,000 rpm.
Tork Maksimum: 250Nm pada 2,500-4,500 rpm.
Transmisi: CVT.
Sistem Brek: Cakera di bahagian hadapan dan belakang.
Suspensi: MacPherson dengan pegas gelung dan penstabil di hadapan, torsion beam di belakang.
Ciri Pemanduan dan Kawalan:
Jarak Kelegaan Tanah (Minimum): 214 mm (terbaik dalam kelas).
Mod Pemanduan (5 Mod): Normal, Wet, Gravel, Tarmac dan Mud.
Active Yaw Control (AYC): Meningkatkan kestabilan pada selekoh tajam atau semasa pergerakan kecemasan pantas.
Kelengkapan Keselamatan dan Bantuan Pemandu
Destinator dilengkapi dengan sistem Mitsubishi Motors Safety Sensing (MMSS).
Sistem Bantuan Pemandu MMSS (Untuk Varian GT dan GLS)
Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop and Go Function (Hanya untuk GT).
Forward Collision Mitigation System (FCM)(Hanya untuk GT).
Rear Cross Traffic Alert (RCTA) (Untuk GT dan GLS).
Leading Car Departure Notification (LCDN) (Hanya untuk GT).
Automatic High Beam (AHB) (Hanya untuk GT).
Blind Spot Warning (BSW) (Untuk GT dan GLS).
Ciri Keselamatan Standard dan Tambahan
Multi Around Monitor (MAM) (Untuk GT dan GLS). Varian GLX dilengkapi dengan Kamera Mengundur.
Parking Sensors (Penderia Tempat Letak Kereta) (Untuk GT dan GLS).
Beg Udara:
GT dan GLS: Pemandu, Penumpang, Sisi, Tirai (6 beg udara).
GLX: Pemandu, Penumpang (2 beg udara).
Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA) (semua varian).
Active Stability and Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA), dan ISO Fix dan Tether Anchor (semua varian).
Pintu Belakang Bebas Tangan (Untuk GT).
Promosi Pelancaran
Pelanggan di Filipina yang menempah dan membeli Destinator dalam tempoh 12 November 2025 hingga 31 Januari 2026, layak menikmati harga promosi pengenalan istimewa dan barangan eksklusif.
Destinator GLX 1.5G Turbo 2WD CVT:
1,389,000 PHP (RM 97,553.11)
Harga Pengenalan Istimewa: 1,289,000 PHP (RM 90,530.14)
Destinator GLS 1.5G Turbo 2WD CVT
1,599,000 PHP (RM 112,301.99)
Harga Pengenalan Istimewa: 1,499,000 PHP (RM 105,279.02)
Destinator GT 1.5G Turbo 2WD CVT (Harga untuk warna tunggal)
1,929,000 PHP (RM 135,420.94)
Harga Pengenalan Istimewa: 1,799,000 PHP (RM 126,358.98)
Pelumba Malaysia, Chong Kai Chang berjaya meraih kedudukan ketiga dalam kejohanan Toyota Gazoo Racing (TGR) Asia Esports GT 2025 yang baru sahaja melabuhkan tirainya hujung minggu yang lalu.
Kejohanan tersebut menyaksikan pertempuran sengit antara lima belas pelumba sim dari negara Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan juga Malaysia (diwakili oleh Taj Aiman, Iqbal Suji, & Chong Kai Chang) menerusi platform Gran Turismo 7.
Dalam kategori individu, pelumba Indonesia Andika Rama menduduki tangga teratas podium dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 74 poin, diikuti rakan senegaranya Moreno Pratama (62 poin).
Chong Kai Chang mencatatkan mata terkumpul sebanyak 59 poin.
Dengan dua orang pemandu menguasai podium, Indonesia mencatatkan mata terkumpul 169 poin dalam kategori negara, diikuti Malaysia (151 poin) dan Singapura (93 poin).
Tiga individu dan pasukan teratas masing-masing membawa pulang hadiah tunai bernilai USD 8,000 (RM33,176), USD 4,500 (RM18,662) dan USD 3,000 (RM12,441).
Anugerah khas juga turut diberikan sebagai pengiktirafan ke atas prestasi luar biasa seperti berikut:
Driver of the Day: Andika Rama (Indonesia)
Best Racecraft Driver: Chong Kai Chang (Malaysia)
Fastest Race Pace: Fadtris Isa (Singapura)
Perlumbaan akhir mengambil tempat di tiga lokasi, iaitu Litar Suzuka (Jepun) menggunakan jentera GR Yaris, diikuti Litar Interlagos (Brazil) dengan jentera GR010 Hybrid, dan akhir sekali di Litar Watkins Glen (Amerika Syarikat) menggunakan jentera GR Supra.
Rakaman kejohanan TGR Asia Esports GT 2025 boleh ditonton semula menerusi pautan di bawah:
Apabila BYD mula menerjah pasaran automotif global, antara ciri paling unik yang terdapat pada kereta mereka ialah skrin infotainmen yang boleh berpusing 90 darjah.
Dengan sekali tekan, skrin boleh bertukar daripada mod potret ke landscape, membuatkan pelanggan begitu teruja. Ia seolah-olah menjadi identiti BYD, kerana kebanyakan model mereka menggunakan skrin unik ini.
Walau bagaimanapun, era skrin berpusing itu bakal berakhir.
Bercakap kepada Autocar, Naib Presiden BYD, Stella Li berkata syarikat itu membuat keputusan untuk berhenti menawarkan skrin berpusing kerana ia sebenarnya menyusahkan integrasi aplikasi moden terutamanya Apple CarPlay dan Android Auto.
Tambah Li, Atto 2 baharu akan menjadi model pertama BYD yang hadir tanpa ciri ikonik berkenaan. Syarikat itu juga akan mula menyingkirkan ciri itu daripada semua model lain secara berperingkat.
Katanya lagi, walaupun ramai pemilik suka idea skrin yang boleh dipusing, hakikatnya aplikasi popular hari ini dibina untuk orientasi landscape.
Tambahan pula, data penggunaan menunjukkan sangat sedikit pengguna yang benar-benar menukar antara mod potret dan landscape dalam penggunaan harian.
Terdahulu, BYD mendakwa paparan potret lebih bagus untuk navigasi, manakala landscape lebih mudah untuk sentuhan. Tetapi dalam dunia sebenar, kebanyakan pemandu lebih gemar menggunakan mod landscape. Malah, Apple CarPlay dan Android Auto hanya boleh digunakan dalam mod ini.
Dalam masa yang sama, BYD kini semakin rapat bekerjasama dengan Apple dan Google. Skrin statik memudahkan pembangunan fungsi baharu, meningkatkan prestasi aplikasi serta menyelaraskan antaramuka, lebih-lebih lagi apabila BYD memberi fokus kepada teknologi bantuan pemanduan dan ciri pintar akan datang.
Perkongsian platform bukan perkara baharu dalam dunia trak pikap. Lihat sahaja Volkswagen Amarok yang diasaskan daripada Ford Ranger, atau Mazda BT-50 yang berkongsi DNA dengan Isuzu D-Max.
Nissan Navara generasi keempat ini pula dibina di atas platform sama yang digunakan oleh Mitsubishi Triton generasi ketiga yang diperkenalkan dua tahun lalu.
Perkara ini bukan pelik kerana Nissan dan Mitsubishi sememangnya berada dalam pakatan bersama Renault. Ini membolehkan ketiga-tiga itu berkongsi teknologi bagi mengurangkan kos, serta masa pembangunan.
Bakal memasuki pasaran Australia dan New Zealand menjelang akhir suku pertama 2026, Navara baharu tampil dengan identiti tersendiri menerusi gril V-motion yang diinspirasikan daripada model D21.
Selain itu, ia juga mempunyai lampu utama LED berbentuk C, manakala varian Pro-4X yang ditampilkan ini tampil lebih agresif dengan trim hitam, dan rim 17 inci yang dipadankan dengan tayar all-terrain bersaiz 265/65.
Bahagian dalamannya pula jelas berkongsi banyak elemen dengan Triton, termasuk skrin sentuh 9 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, panel instrumen digital 7 inci dan pengecas tanpa wayar.
Untuk keselamatan pula, Navara didatangkan dengan lapan beg udara dan rangkaian ciri ADAS seperti Emergency Lane Assist, Blind Spot Warning dan Front/Rear Cross Traffic Alert.
Kuasa dibekalkan oleh enjin 2.4-liter turbodiesel dengan 204 PS dan 470 Nm, dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan. Gabungan ini dikatakan mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api sekitar 7.7 liter/100 km.
Suspensi model ini ditala oleh Premcar, syarikat kejuruteraan Australia yang turut membangunkan Navara Pro-4X Warrior sebelum ini. Program ujian melibatkan jarak lebih 18,000 km merangkumi jalan bandar, trek berbatu, dan permukaan beralun Outback. Hasilnya, semua varian Navara menawarkan kapasiti menunda sehingga 3,500 kg.
Selain itu, Navara baharu juga didatangkan dengan dua sistem 4WD, termasuk pilihan “Super 4WD” untuk varian lebih tinggi yang menawarkan mod pacuan sepenuh masa, Torsen LSD dan tujuh mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Grave, Snow, Mud, Sand dan Rock.
Toyota Gazoo Racing telah mendedahkan DKR GR Hilux serba baharu untuk Dakar Rally 2026 sebagai langkah persiapan pasukan untuk mempertahankan kejuaraan FIA World Rally-Raid Championship (W2RC).
Jentera rali ini dibangunkan menggunakan Toyota Hilux generasi terbaru, dengan kerjasama rapat rakan teknikal Toyota iaitu Overdrive.
Ia menggunakan casis tubular yang direka semula sepenuhnya bagi meningkatkan ketegaran, mengurangkan berat, serta memudahkan kerja penyelenggaraan, yang merupakan faktor kritikal dalam perlumbaan rali lasak. Transmisi turut diperkuatkan agar lebih tahan terhadap beban ekstrem sepanjang perlumbaan.
Perincian mengenai enjin tidak didedahkan namun ia berkemungkinan menggunakan enjin 3.5-liter twin-turbo V6 daripada Land Cruiser, seperti yang digunakan oleh GR DKR Hilux Evo dalam cabaran musim 2025.
DKR GR Hilux kini sedang menjalani program ujian intensif sebelum membuat penampilan sulungnya di Arab Saudi. Bakal berlangsung selama 15 hari, Dakar Rally 2026 merangkumi perlumbaan peringkat bermasa sepanjang sekitar 5,000 km, dan laluan perhubungan (liasons) sepanjang 2,500 km.
Toyota mensasarkan kemenangan Dakar keempat selepas kejayaan pada 2019, 2022 dan 2023. Untuk itu, pasukan itu telah memperbaharui barisan pemandu bagi cabaran musim 2026.
Duo terkemuka, Henk Lategan dan Brett Cummings akan kembali mengemudi jentera #202 selepas muncul naib juara dalam edisi terdahulu, manakala bintang muda Amerika, Seth Quintero, bakal mengendalikan jentera #203 bersama Andrew Short.
Pelumba Australia, Toby Price, yang merupakan juara Dakar dua kali dalam kategori motosikal, akan membuat debutnya bersama pasukan factory Toyota, ditemani juru arah Armand Monleon.
Genesis merupakan jenama mewah di bawah Kumpulan Hyundai. Jenama ini dilancarkan di Eropah pada tahun 2021, menawarkan model-model premium seperti GV60, Electrified GV70 dan Electrified G80 di benua tersebut.
Beribu pejabat di Frankfurt, Genesis Motor Europe kini beroperasi di Jerman, Switzerland dan United Kingdom.
Selaras dengan strategi pertumbuhan pasaran yang berterusan, Genesis merancang untuk dilancarkan di Perancis, Itali, Sepanyol dan Belanda pada tahun 2026.
Pengenalan Magma GT Concept
Pada 20 November 2025, Genesis secara rasmi memperkenalkan Magma GT Concept.
Model unggulan ini bukan sekadar kajian reka bentuk, tetapi menjadi penanda aras yang akan menentukan hala tuju warisan prestasi Genesis untuk dekad yang akan datang.
Ia merupakan ekspresi paling jelas Genesis tentang komitmen mereka terhadap keupayaan kenderaan berprestasi tinggi masa depan.
Genesis mengesahkan Magma GT Concept akan dibangunkan menjadi ikon prestasi, selain memberi isyarat kepada cita-cita jangka panjang untuk bersaing dalam kelas perlumbaan GT.
Falsafah Prestasi Magma GT
Magma GT Concept mewakili peralihan penting Genesis ke arah segmen prestasi tinggi mewah.
Genesis menekankan keseimbangan pada model ini. Setiap komponen ditala dengan teliti bagi memastikan prestasi dapat dicapai dengan mudah.
Ia direka untuk melengkapkan dan meningkatkan kemahiran pemandu. Model konsep ini menggabungkan kemewahan dengan karakter sukan permotoran.
Ciri-ciri Teknikal dan Aerodinamik
Satu yang menarik tentang Magma GT ialah bentangan enjin tengah-belakang dan menunjukkan hasrat Genesis untuk menyertai perlumbaan GT.
Setiap permukaan dan perkadaran dibentuk untuk mengoptimumkan kecekapan pemanduan dan prestasi aerodinamik.
Ciri-ciri aerodinamik utama termasuk:
Bonet hadapan rendah dan garis bumbung condong yang memanjang, mencipta gayaan yang sedia untuk perlumbaan.
Fender belakang yang lebar dan sasa yang menterjemahkan semula perkadaran kereta lumba GT klasik mengikut falsafah Athletic Elegance Genesis.
Kabin dengan reka bentuk ekor bot (boat-tail cabin) yang tirus ke belakang untuk memaksimumkan kedudukan dan menonjolkan postur rendah dan lebar.
Sirip (canard) hadapan yang disepadukan dengan lampu hadapan untuk meningkatkan daya mendap (downforce) dan identiti visual.
Corak aerodinamik G-Matrix yang berkembang dari pemisah hadapan, berfungsi sebagai signatur visual dan elemen berfungsi yang mengoptimumkan aliran udara.
Grafik lampu belakang dua baris mekanikal dan struktur aero belakang yang dioptimumkan sepenuhnya untuk aura Magma GT yang mantap.
Permotoran dan Asas Prestasi Masa Depan
Magma GT Concept berfungsi sebagai manifesto reka bentuk dan isyarat strategik untuk Genesis.
Ia merangkumkan matlamat Genesis dalam memasuki arena sukan permotoran dan mengembangkan portfolio kenderaan berprestasi tinggi.
Genesis akan memperkenalkan GV60 Magma, model berprestasi tinggi yang pertama manakala kereta lumba Genesis Magma Racing LMDh bakal tampil dalam Kejohanan Ketahanan Dunia (World Endurance Championship) pada tahun 2026.
Honda Motor Company telah meraih anugerah berprestij Jenama Kereta Terbaik (Best Car Brand) untuk tahun 2026 daripada U.S. News & World Report.
Kemenangan terbaru ini merupakan tahun kelima berturut-turut buat Honda.
Pengiktirafan dan Kriteria Penilaian
Anugerah ini diberikan setelah Honda mendapat markah yang tinggi merentasi aspek seperti prestasi, mutu dalaman, keselamatan dan kebolehpercayaan.
Pengiktirafan ini merangkumi kereta penumpang Honda yang turut merangkumi Civic, Civic hibrid, Civic Type R, Civic Si, Accord dan Accord hibrid.
Penghargaan berprestij U.S. News Best Vehicle Brands Awards menilai kecemerlangan seluruh industri merentasi enam segmen pasaran automotif, termasuk kereta, SUV, trak dan kenderaan mewah.
Pemenang dikenal pasti sebagai pengeluar kereta yang mempunyai gabungan ciri-ciri jenama yang paling diidamkan dan mampu menarik pembeli.
Proses penilaian U.S. News melibatkan pengiraan skor purata keseluruhan semua produk jenama dalam setiap kelas anugerah, di mana skor kenderaan diperoleh daripada kedudukan U.S. News Best Cars.
Data yang diambil kira termasuk penarafan keselamatan, data kebolehpercayaan, serta pendapat konsensus daripada pihak media automotif, dengan jenama yang mendapat skor purata tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.
Keunggulan Model Popular Honda
Civic generasi ke-11 yang memenangi anugerah dianggap sebagai gerbang utama kepada jenama Honda dan merupakan kenderaan paling popular di Amerika dalam kalangan Generasi Z, pembeli kali pertama dan pelanggan berbilang budaya/kaum.
Ia juga diiktiraf sebagai kereta kompak terlaris di Amerika sejak tahun 1973.
Sementara itu, Accord generasi ke-11 yang turut memenangi anugerah menjadi produk penting bagi kesetiaan jenama Honda, menjadikannya kenderaan bersaiz sederhana paling popular di Amerika dalam kalangan pelanggan Milenial, Generasi Z dan berbilang budaya.
Kereta Amerika Utara Terbaik Tahun 2025
Civic hibrid dan Accord hibrid dikuasakan oleh sistem pacuan hibrid-elektrik dua motor Honda generasi keempat.
Sistem yang sangat lancar dan responsif ini membantu memaksimumkan kecekapan bahan api tanpa menjejaskan prestasi dinamik atau mengorbankan ruang penumpang dan kargo, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporti dan menyenangkan.
Lebih hebat, Civic hibrid dinamakan sebagai Kereta Amerika Utara Terbaik Tahun 2025 (2025 North American Car of the Year™).
Barisan Model Honda
Honda menawarkan pelbagai kenderaan merentasi segmen di Amerika Syarikat untuk segenap usia dan keperluan.
Kereta Sedan: Civic, Prelude, dan Accord.
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV): HR-V, CR-V, Passport, Prologue dan Pilot.
Model Lain: Ridgeline (Trak pikap) dan Odyssey (Minivan).
Barisan kenderaan elektrifikasi Honda, yang mewakili lebih daripada suku jumlah jualan pada tahun 2024, terdiri daripada:
Prologue SUV (Elektrik).
Accord, CR-V, Civic, dan Prelude (Hibrid-elektrik).
CR-V e:FCEV (Sel-bahan api-elektrik).
Komitmen Pengeluaran di Amerika
Honda telah menghasilkan kereta di Amerika selama lebih daripada 40 tahun, dengan mengendalikan lapan kemudahan pembuatan kereta utama di sana.
Pada tahun 2024, lebih daripada 99% kenderaan Honda yang dijual di A.S. dibuat di Amerika Utara, di mana kira-kira 60% daripadanya dibuat di Amerika, menggunakan komponen buatan domestik dan global.
Porsche 911 (997.2) Carrera S 2010 milik personaliti TV terkenal, James May, kini ditawarkan secara bidaan tanpa harga rizab di dalam platform dalam talian Collecting Cars.
Alasan jualan? Beliau terpaksa melepaskannya kerana terlalu banyak kereta dan tidak cukup ruang.
James May memiliki kereta sport ini sejak baharu dan hanya dipandu sejauh 50,362 km. Kereta ini dijaga dengan baik dan sentiasa disimpan di dalam garaj.
Memandangkan bidaan sedang berlangsung, harga terkini setakat artikel ini ditulis ialah GBP37,750 (RM205,326) sebelum sesi tamat pada 26 November.
Spesifikasi Teknikal
Enjin: Flat-six 3.8 liter naturally aspirated.
Kuasa: 380 bhp, 420Nm.
Transmisi: 6-kelajuan manual.
Jarak Perjalanan: Hanya 31,294 batu (50,362 km).
Ciri-Ciri Utama
Unit ini dipesan dengan spesifikasi ‘purist’ yang memperlihatkan citarasa James May yang mementingkan aspek pemanduan dan estetika klasik:
Warna Luaran: Carrara White.
Dalaman: Kabin kemasan kulit Ocean Blue dengan trim bercorak aluminium.
Roda: Rim aloi Carrera Classic 19-inci dengan spacer 5mm.
Brek: Angkup brek berwarna merah.
Tayar: Michelin Pilot Sport.
Pemanduan dan Kestabilan: Pembeza belakang gelinciran terhad, Porsche Active Suspension Management (PASM) dan Porsche Stability Management (PSM).
Pilihan Teknologi (Dipilih oleh James May): Sistem audio Bose, Porsche Communication Management (PCM) dengan navigasi, kawalan jelajah (cruise control), pengelap belakang dan cermin depan berwarna kelabu atas.
Kelengkapan Lain: Porsche Vehicle Tracking System (Sistem telah diputuskan sambungan).
Sejarah Penyelengaraan dan Kelengkapan
Kereta ini diselenggara dengan baik oleh pengedar utama Porsche Centre West London dan pakar Number 5 Garage.
Ia dibekalkan dengan semua sejarah penyelengaraan lengkap, manual pemilik, sijil MOT, V5, borang pesanan dan invois asal serta berus pembersih James May yang terkenal.
MOT Terkini: 31 Oktober 2024 pada 30,778 batu (49,532 km).
Servis Terkini (Mei 2025): Penggantian besar di Number 5 Garage, merangkumi kedua-dua radiator hadapan, tayar hadapan, komponen penyaman udara, semua hos penyejuk dan semua cecair utama (minyak enjin, minyak kotak gear, bendalir brek).
Rekod Servis Mengikut Tarikh:
Okt 2012 (7,694 batu / 12,382 km): Porsche Centre West London.
Nov 2014 (15,711 batu / 25,285 km): Porsche Centre West London (termasuk palam pencucuh).
Okt 2015 (21,834 batu / 35,138 km): Porsche Centre West London (bateri/starter relay).
Ogos 2017 (26,160 batu / 42,099 km): Number 5 Garage.
Mei 2025 (30,793 batu / 49,557 km): Number 5 Garage (servis utama).
Geely Auto Indonesia telah melancarkan Geely Starray EM-i secara rasmi ke pasaran Indonesia.
Model ini merupakan kenderaan Geely kedua yang diperkenalkan di Indonesia selepas SUV elektrik EX5 atau dikenali sebagai Proton e.MAS 7 di pasaran tempatan
Apa yang menarik Starray EM-i telah mula dipasang di Purwakarta sejak September 2025.
Pasaran Dunia
Geely Starray EM-i merupakan PHEV pertama yang dibina di atas platform Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).
Model ini direka untuk memberikan prestasi yang dinamik serta pengalaman pemanduan yang moden.
Starray EM-i telah dilancarkan di Australia sebulan sebelum pelancaran rasmi di Indonesia. Pelancaran ini menandakan satu langkah penting dalam strategi pengembangan global Geely.
SUV ini dijangka akan tersedia di hampir 20 pasaran di seluruh Asia-Pasifik, Eropah, Amerika Latin dan Afrika.
Untuk pasaran tempatan, tiada lagi pengesahan dari Proton namun unit ujian dengan samaran yang dikatakan Starray EM-i telah pun ditemui di atas jalan raya.
Spesifikasi Teknikal Sistem Hibrid
Enjin petrol 1.5 liter.
Motor elektrik berkuasa 160 kilowatt (kW).
Bateri berkapasiti 18.4 kilowatt jam (kWj).
Sistem transmisi Automatik 1DHT.
Kecekapan haba enjin petrol mencapai 46.5 peratus.
Sistem Hibrid Super EM-i membolehkan peralihan kuasa yang lancar merentasi tiga mod pemanduan, iaitu Pure, Hybrid, dan Power, menawarkan keseimbangan optimum antara prestasi, kecekapan dan keselesaan.
Prestasi dan Kecekapan
Kecekapan bahan api bersamaan dengan 83 km/liter.
Jarak pemanduan elektrik sepenuhnya (EV) sehingga 105 km.
Jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,000 km dengan satu kitaran pengisian semula bahan api dan pengecasan penuh.
Reka Bentuk Moden dan Pengiktirafan Antarabangsa
Starray EM-i menampilkan reka bentuk luaran yang kontemporari dan dinamik. Walaupun berkongsi dengan EX5, SUV ini membawa wajah depan dan belakang yang tersendiri.
Reka bentuk Starray EM-itelah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Red Dot Award, International Design Awards (IDA), Muse Design Awards, dan A’ Design Award.
Kabin Premium dan Ciri Keselesaan
Bahagian dalam juga mengekalkan aura EX5 namun tampil dengan papan pemuka yang berbeza dan begitu juga panel pintu.
Ciri-ciri Dalaman:
Tempat duduk direka bentuk seperti marshmallow 8-lapisan untuk sokongan ergonomik maksimum.
Susun atur storan gaya jambatan bagi mengekalkan kelapangan dan kefungsian.
Tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan dan memori.
Pencahayaan ambien 256-warna.
Paparan pusat skrin sentuh bersaiz 15.4-inci.
Kluster instrumen digital bersaiz 10.2-inci.
Sistem maklumat hibur Flyme Auto yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Sistem audio Flyme Sound 16-pembesar suara, termasuk dua pembesar suara di tempat letak kepala dan satu subwoofer, memberikan pengalaman akustik yang mendalam.
Keselamatan dan Rangkaian Sokongan
Dari segi keselamatan, Starray EM-i dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2 yang komprehensif.
Fungsi Keselamatan Utama (14 fungsi aktif):
Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).
Brek Kecemasan Automatik (AEB).
Sistem kamera 540 darjah.
Harga
Sempena pelancaran, Starray EM-i ditawarkan pada harga IDR499,000,000 atau bersamaan RM124,117 (OTR Jakarta).
Honda Access Co., Ltd. memperkenalkan aksesori tulen baharu untuk model Honda Civic Type R sedia ada, iaitu stereng yang dibalut dengan kulit licin.
Aksesori ini dijadualkan untuk dikeluarkan di Jepun pada pertengahan Januari 2026.
Pilihan kepada Alcantara®
Penambahan stereng baharu ini dilakukan sebagai respons kepada permintaan pelanggan yang tinggi yang mahukan pilihan stereng kulit.
Sebelum ini, model standard Civic Type R didatangkan dengan stereng Alcantara®.
Stereng baharu ini mengekalkan reka bentuk dan bentuk sama seperti stereng Alcantara® standard.
Honda CIvic Type R 2023 – Balutan Alcantara®.
Perbezaan utama terletak pada bahan yang digunakan iaitu kulit tulen yang licin, memberikan rasa sentuhan yang lebih lembut dan mewah.
Untuk mengekalkan identiti Civic Type R yang sporti, stereng baharu ini masih menggunakan jahitan merah yang sama seperti model standard.
Penggunaan kulit licin bertujuan untuk menambah sentuhan mewah pada bahagian dalam tanpa menjejaskan estetika unik model prestasi tinggi ini.
Spesifikasi Produk dan Harga
Nama Produk: Stereng kulit tulen/hitam dengan jahitan merah
Model Yang Berkenaan:Civic Type R (Model yang dikeluarkan selepas September 2022: FL5-100/FL5-110/FL5-120)
Harga: 49,500 yen (RM 1,328.67)
Harga yang dinyatakan hanyalah harga runcit cadangan pengeluar. Kos pemasangan perlu ditanggung secara berasingan oleh pembeli.
Keperluan Pemasangan Teknikal
Pemasangan stereng ini melibatkan prosedur teknikal yang khusus:
Stereng standard mesti ditanggalkan sebelum proses pemasangan stereng kulit tulen baharu.
Kerja penetapan (setting work) atau penyesuaian wajib dilakukan menggunakan peralatan khas pengedar Honda (HDS) untuk memastikan stereng berfungsi dengan betul dan selamat selepas pemasangan.
Yamaha Motor Co., Ltd. secara rasmi mengumumkan penukaran enjin jentera YZR-M1 daripada empat sebaris kepada V4, bermula pada musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2026.
Enjin empat sebaris telah menjadi nadi penting dalam identiti perlumbaan Yamaha selama berdekad lamanya dan memacu kejayaan pelumba ikonik seperti Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Fabio Quartararo.
Gabungan unik ketangkasan dan penyampaian kuasa yang lancar daripada konfigurasi ini telah menghasilkan rekod pencapaian yang cemerlang.
Sepanjang penggunaannya, enjin empat sebaris telah bersaing dalam 429 Grand Prix, mencatatkan 125 kemenangan perlumbaan dan naik ke podium sebanyak 352 kali.
Konfigurasi enjin ini juga membantu Yamaha meraih:
8 Kejuaraan Pelumba
7 Kejuaraan Pasukan
5 Kejuaraan Pengeluar
5 Kejuaraan Triple Crowns MotoGP
Evolusi MotoGP
Seiring dengan perubahan teknologi MotoGP, Yamaha menyahut cabaran teknikal baharu ini sambil mengekalkan identiti jenama mereka.
Peralihan kepada enjin V4 menandakan pencapaian penting dalam usaha Yamaha meningkatkan prestasi dan inovasi.
Konfigurasi enjin V4 baharu dijangka menawarkan beberapa peningkatan teknikal utama, termasuk:
Pecutan yang lebih baik
Pengendalian yang lebih baik semasa membrek
Penyesuaian yang lebih tinggi terhadap keperluan tayar dan aerodinamik terkini
Pembangunan pesat enjin V4 sepanjang 2025 menyerlahkan kesungguhan Yamaha untuk berada di barisan hadapan teknologi MotoGP, sambil tetap menghormati warisan perlumbaan mereka.
Permulaan Era Baharu
Grand Prix Valencia menjadi perlumbaan terakhir bagi empat sebaris ikonik Yamaha di MotoGP.
Sebagai permulaan kepada era baharu ini, semua pelumba MotoGP Yamaha musim 2026 dijadualkan akan menguji jentera yang dikuasakan enjin V4 buat pertama kali semasa Ujian Valencia pada hari Selasa.
Episod baharu ini permulaan yang menarik untuk Yamaha dan peminat di seluruh dunia. Untuk rekod, Yamaha telah memperkenalkan YZR-M1 dengan enjin V4 di Misano pada September lalu.
Geely Auto baru-baru ini mengumumkan SUV elektrik Geely EX5, telah mencapai kejayaan penting dengan jumlah jualan global sebanyak 210,000 unit sehingga Oktober 2025.
Pencapaian luar biasa ini direkodkan hanya dalam tempoh 15 bulan selepas pelancaran pada Ogos 2024.
Bukan sahaja EX5, kembar di pasaran tempatan iaitu Proton e.MAS 7 juga mencatatkan perkembangan memberangangkan dengan jualan sebanyak 7,413 unit sejak dilancarkan pada Disember 2024.
Direka Untuk Keluarga Muda Global
Geely EX5 direka khusus sebagai SUV elektrik yang menyasarkan keluarga muda di seluruh dunia.
Ia dibangunkan untuk mengatasi isu biasa EV kompak, seperti reka bentuk, ruang dalaman, fungsi pintar, prestasi dan kecekapan tenaga.
EX5 dilengkapi sistem pacuan elektrik pintar 11-dalam-1 dan teknologi pengurusan haba canggih.
Ciri-ciri tersebut membolehkan EX5 mencapai penggunaan tenaga yang terkemuka dalam kelasnya, iaitu serendah 12.1 kWj bagi setiap 100 km.
Ini bermakna pemanduan EX5 bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menjimatkan.
Selain itu, kemas kini Perisian Atas Talian (OTA) yang berterusan memastikan tahap personalisasi dan kemudahan yang dipertingkatkan, membolehkan EX5 sentiasa berevolusi seiring dengan keperluan pemilik.
Merantau ke 33 Negara
Geely EX5 dibangunkan melalui jaringan R&D global Geely dan sistem teknologi canggih.
Selepas diperkenalkan di Pameran Kenderaan Elektrik EVA Frankfurt, model ini pantas mendapat perhatian dan momentum global.
Penampilan sulung EX5 di UK pada Oktober 2025 merupakan langkah terbaharu yang memperkukuh momentum globalnya.
Sehingga kini, EX5 sudah berada di 33 negara merangkumi rantau Eropah, Asia, Oceania, Timur Tengah dan Amerika.
Dominasi Pasaran Utama
Di Greece, EX5 mencatatkan prestasi jualan yang kukuh pada September 2025, mendahului jualan dalam segmennya.
Pasaran Australia pula menunjukkan penerimaan yang sangat memberangsangkan dengan pertumbuhan pesat sejak pelancarannya pada Mac 2025.
Sementara itu, di Brazil, Geely EX5 mendominasi segmennya, merekodkan kedudukan jualan nombor satu selama dua bulan berturut-turut sejurus selepas pelancaran rasmi.
Barisan NEV Geely Melebihi Sasaran Jualan Sejuta Unit
Didorong oleh prestasi kukuh Geely EX5 dan model popular lain, barisan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) jenama Geely telah melepasi sasaran jualan tahunan lebih awal iaitu satu juta unit pada Oktober 2025. Angka tepat ialah 1,002,461 unit.
Perancangan Masa Depan dan Strategi Global
Geely Auto merancang untuk terus menembusi pasaran utama Eropah, termasuk Jerman, Perancis, Itali, dan Sepanyol.
Pada masa yang sama, syarikat akan memperkukuh kehadiran di pasaran baru muncul seperti Uzbekistan, Afrika Selatan dan Colombia.
Melalui inovasi dan strategi global bernilai tinggi, Geely Auto menyasarkan untuk menawarkan mobiliti yang lebih pintar, hijau,dan menyeronokkan kepada pemandu di seluruh dunia.
Polyphony Digital telah mengumumkan kemas kini berbayar baharu untuk Gran Turismo 7 yang dikenali sebagai Power Pack DLC. Ia akan dilancarkan pada 4 Disember 2025, eksklusif untuk pemain di PlayStation 5.
Digelar sebagai bab baharu dalam francais perlumbaan ikonik ini, Power Pack memperkayakan lagi pengalaman perlumbaan sebenar dengan menambah 50 perlumbaan baharu merentasi enam tema global yang diinspirasikan daripada budaya automotif seluruh dunia.
Bukan itu sahaja, pemain juga boleh menikmati musim perlumbaan penuh yang merangkumi sesi latihan, kelayakan, dan perlumbaan utama.
DLC ini turut memperkenalkan Gran Turismo Sophy 3.0, versi terkini kecerdasan buatan (AI) perlumbaan yang menawarkan pertempuran lebih sengit dan realistik di litar. Menariknya, Sophy 3.0 hanya boleh dimainkan dalam Power Pack.
Selain itu, Power Pack juga menawarkan acara ketahanan (endurance) 24 jam dan kredit dalam permainan berjumlah 5 juta untuk memulakan kerjaya perlumbaan anda.
Harga rasmi DLC ini masih belum diumumkan, namun dengan semua kandungan baharu ini, ia dijangka menjadi salah satu kemas kini terbesar dalam sejarah Gran Turismo 7.
Bagi menjadikannya lebih berbaloi, Power Pack juga bakal hadir bersama kemas kini percuma Spec III, yang akan menambah beberapa litar baharu, kereta tambahan, serta pelbagai kandungan menarik lain.
Subaru Tecnica International (STI), divisyen prestasi dan perlumbaan Subaru, telah memperkenalkan model edisi terhad BRZ STI Sport Type RA (Record Attempt) yang diinspirasikan terus daripada dunia perlumbaan sebenar.
Hanya 300 unit akan dihasilkan, dan ia hanya boleh dibeli melalui sistem undian di pengedar Subaru di seluruh Jepun dari 13 hingga 30 November 2025.
Ia juga akan membuat penampilan umum pertamanya di acara Super Taikyu Series 2025 “S-Tai Final” di litar Fuji Speedway pada 15 dan 16 November.
Di bawah bonet, enjin boxer 2.4 liter empat silinder (FA24) dikekalkan namun setiap komponen utama seperti piston, conrod, aci engkol, roda tenaga dan penutup klac tela ditala semula bagi mengurangkan getaran serta menghasilkan pecutan lebih responsif.
Apa yang menarik, proses penalaan ini sama seperti yang digunakan pada jentera lumba Team SDA Engineering BRZ CNF Concept dalam siri perlumbaan Super Taikyu.
Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan perumah differential belakang dengan sirip penyejuk, memastikan prestasi konsisten walaupun dipandu secara agresif.
Sistem Shift Assist dengan fungsi Rev-Sync dan Flat Shift turut disertakan. Rev-Sync berfungsi untuk memadankan rev secara automatik ketika menurunkan gear untuk pertukaran gear lebih lancar, manakala Flat Shift membolehkan menaikkan gear tanpa perlu menekan klac.
Sistem suspensi turut dinaik taraf dalam bentuk penyerap hentak ZF bersama komponen fleksibel STI, menjadikan pengendalian lebih tajam dan lincah.
Dari segi penampilan, model ini tampil lebih garang dengan rim aloi STI BBS 18 inci (matte grey atau bronze), angkup brek Brembo emas, spoiler belakang gentian karbon, serta kit aero STI di sekeliling badan.
Bahagian dalam pula dihiasi upholsteri fabrik hitam dengan jahitan merah, pemegang pintu hitam, dan logo-logo STI.
Setiap unit turut hadir dengan plat khas enjin yang menampilkan logo STI dan TYPE RA, menandakan status eksklusifnya sebagai model edisi terhad.
Harga rasmi bermula dari 4,972,000 yen (sekitar RM133,000) untuk versi tanpa spoiler belakang, manakala varian dengan spoiler gentian karbon berharga 5,478,000 yen (sekitar RM147,000).
115 hari sebelum perlumbaan sulung Formula 1 pada Mac 2026, Audi berkongsi pratonton skema warna dan reka bentuk bagi jentera F1 mereka melalui R26 Concept yang bakal bertarung di dalam gelanggang kemuncak permotoran dunia.
Kemasukan Audi adalah sangat strategik kerana ia selari dengan perubahan menyeluruh pada peraturan teknikal F1 2026 dan menawarkan peluang ideal sebagai pendatang baharu.
Pembangunan rangkaian kuasa telah dimulakan sejak 2022, manakala ujian di litar lumba akan bermula pada awal 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Audi, Gernot Döllner, menyifatkan penglibatan ini sebagai pemangkin kepada pembaharuan syarikat, dengan sasaran tinggi untuk berjuang merebut gelaran Kejuaraan Dunia menjelang tahun 2030.
Visi dan Identiti Baharu
Identiti visual jenama ini diterjemahkan melalui Audi R26 Concept, yang berfungsi sebagai pratonton reka bentuk kereta lumba F1 pertama yang dijadualkan untuk didedahkan pada Januari 2026.
Reka bentuk ini bersifat minimalis, selaras dengan empat prinsip reka bentuk Audi: jelas, teknikal, pintar dan emosional.
Palet Warna: Titanium, hitam karbon dan merah Audi baharu.
Penjenamaan: Simbol empat cincin Audi akan digunakan dalam warna merah secara terpilih.
Perincian Unit Kuasa F1
Unit Kuasa F1 Audi, dengan kuasa sistem keseluruhan kira-kira 750 kW (kira-kira 1,005.8 hp), dibangunkan dan dikeluarkan di Neuburg an der Donau, Jerman.
Fokusnya adalah pada peraturan baharu 2026 yang mengutamakan konsep hibrid yang lebih relevan dengan kereta jalanan.
Komponen utama merangkumi:
ICE (Enjin Pembakaran Dalaman): Enjin turbo 1.6 liter berkuasa sekitar 400 kW (kira-kira 536.4 hp), menggunakan bahan api mampan dengan kadar aliran 3,000 MJ/h.
ERS (Sistem Pemulihan Tenaga): Termasuk MGU-K yang mampu menjana kuasa maksimum 350 kW untuk pemulihan tenaga kinetik semasa membrek.
GBX (Kotak Gear): Transmisi 8 gear yang direka untuk penukaran tanpa gangguan transmisi tork.
Struktur Korporat dan Operasi
Audi mengambil langkah strategik dengan pengambilalihan sepenuhnya Kumpulan Sauber di Switzerland dan membawa masuk dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) Qatar sebagai pelabur.
Kepimpinan Pasukan: Dikendalikan oleh pengurus veteran Mattia Binotto dan Jonathan Wheatley.
Barisan Pemandu: Nico Hülkenberg (Jerman) dan bakat muda Gabriel Bortoleto (Brazil).
Fasiliti: Pembangunan rangkaian kuasa di Neuburg dan operasi lumba/pembangunan casis di Hinwil, Switzerland, disokong oleh pejabat teknologi di Bicester, UK (sejak musim panas 2025).
Pelancaran dan Jadual Perlumbaan
Januari 2026: Pelancaran pasukan rasmi, diikuti ujian tertutup pertama di Barcelona, Sepanyol.
Februari 2026: Ujian awam di Bahrain (11–13 dan 18–20 Februari).
6–8 Mac 2026: Debut perlumbaan F1 Audi di Melbourne, Australia.