Pemilik BYD boleh tempah servis melalui aplikasi OneGo, nikmati diskaun RM50
BYD Sime Motors menambah baik kemudahan tempahan servis digital menerusi aplikasi OneGo Sime Motors.
Aplikasi ini membolehkan pemilik menjadualkan penyelenggaraan dengan lebih mudah tanpa proses tempahan dan pengesahan manual.
Aplikasi ini memaparkan kekosongan janji temu dalam masa nyata, dengan pelanggan boleh memilih tarikh, masa, pusat servis dan penasihat servis sebelum menerima pengesahan serta-merta.
Untuk membuat tempahan, pemilik hanya perlu memilih kenderaan berdaftar, memasukkan bacaan perbatuan serta nota kepada pasukan teknikal jika diperlukan. Butiran janji temu kemudian dihantar melalui e-mel.
Urus jadual servis dalam aplikasi
Antara fungsi lain yang tersedia ialah:
- Menambah janji temu ke kalendar Apple atau Google dengan satu sentuhan.
- Menyemak dan menjadualkan semula janji temu akan datang.
- Menyemak tarikh servis terakhir.
Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata, pendigitalan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sokongan selepas jualan seiring pertambahan pelanggan BYD.
Diskaun servis RM50 hingga 31 Disember
Pemilik BYD yang membuat tempahan melalui OneGo boleh menikmati diskaun servis RM50 sepanjang kempen sehingga 31 Disember 2026.
Rangkaian BYD di Malaysia kini merangkumi 33 kemudahan selepas jualan, 16 pusat badan dan cat serta 45 cawangan jualan dan pemasaran.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.
