Denza Malaysia tawar penggantian penapis kabin PM2.5 percuma untuk Denza D9
Denza Malaysia mengumumkan Program Denza Care yang menawarkan penggantian penapis pendingin hawa kabin secara percuma khusus untuk model Denza D9.
Inisiatif ini menegaskan usaha Denza dalam menyediakan ruang kabin yang bersih terutama ketika kualiti udara luar merosot ketika musim jerebu.
Sistem penapisan udara kabin Denza menawarkan tiga lapisan utama:
- penapisan mikro-sieve elektrostatik – menangkap partikel halus, habuk dan asap sehingga tahap PM2.5 dengan kecekapan lebih tinggi berbanding penapis kabin standard
- perlindungan karbon teraktif – menyahaktif gas berbahaya, pelepasan asap industri serta bau kayu terbakar yang sinonim dengan jerebu
- pengurusan kualiti udara masa nyata – mampu membersihkan udara dalaman dalam tempoh beberapa minit selepas kenderaan dihidupkan
Program Denza Care ini ditawarkan kepada pemilik persendirian Denza D9, sah dari 1 Oktober hingga 30 November 2026.
Ia terbuka kepada semua pemilik baharu dan pemilik Denza D9 sedia ada.
Mereka boleh menebus penggantian penapis kabin AC PM2.5 secara percuma di mana-mana pusat servis premium Denza dengan mengemukakan dokumen repair order (RO) terdahulu atau dokumen pembelian kenderaan baharu.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

