EV Track Day kembali gegarkan Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang 6 Jun ini
Acara EV Track Day terbesar negara kembali menggegarkan Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada 6 Jun 2026.
Ia bakal menghimpunkan komuniti pemilik dan peminat kenderaan elektrik dari seluruh Malaysia, bermula seawal 5.45 petang hingga tengah malam.
Dengan menggunakan layout penuh Sepang sejauh 5.543 km, ini memberi ruang kepada peserta menikmati pengalaman pemanduan EV dalam suasana litar sebenar.
Antara tarikan utama program kali ini:
- Sesi open track – pemanduan EV di laluan penuh termasuk selekoh teknikal
- Sesi parade lap – pemanduan yang lebih santai
- Sesi Time Attack – mencari EV terpantas di litar
- Sesi taxi ride – rasai sendiri prestasi EV berkuasa tinggi bersama pemandu profesional
Pemilik EV yang mahu meningkatkan skil pemanduan di litar pula boleh mendapatkan khidmat jurulatih profesional, tersedia mengikut permintaan.
Bagi memastikan kelancaran acara, pengecas DC disediakan di kawasan paddock melalui kerjasama beberapa penyedia pengecas tempatan membolehkan peserta memaksimumkan masa di litar tanpa risau soal bateri.
Pemeriksaan bateri 12V juga ditawarkan secara percuma, termasuk pilihan naik taraf kepada bateri sodium‑ion yang lebih tahan haba.
Edisi pertama sebelum ini mencuri perhatian apabila lebih 30 EV berjaya membuktikan kemampuan sebenar jentera elektrik di litar, termasuk model prestasi tinggi yang mampu memberi cabaran kepada kereta sport konvensional.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

