fbpx

Xiaomi 14T & 14T Pro dilancarkan di Malaysia – dari RM1,899

N12N12A-Group-R4

Barisan telefon pintar flagship Xiaomi 14T Series telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Menurut Xiaomi, siri ini direka khusus untuk peminat fotografi dengan fokus kepada penggambaran waktu malam.

Barisan Xiaomi 14T terdiri daripada:

  • 14T 12GB+256GB (RM1,899)
  • 14T 12GB+512GB (RM2,199)
  • 14T Pro 12GB+256GB (RM2,599)
  • 14T Pro 12GB+512GB (RM2,999)
  • 14T Pro 12GB+1TB (RM3,499)

Kedua-dua 14T dan 14T Pro menggunakan kamera Leica yang dikuasakan oleh Xiaomi AISP yang berfungsi untuk meningkatkan julat dinamik dan mengurangkan hingar walaupun dalam pencahayaan mencabar.

Selain itu, siri ini juga menyokong format UltraHDR dan mod Master Portrait yang menghasilkan gambar potret terperinci dengan kejelasan yang dipertingkatkan dan efek bokeh semula jadi.

14T Pro mempunyai sistem tiga kamera dengan kamera utama 50MP dengan apertur ƒ/1.6, lensa optikal Leica Summilux dan sensor imej Light Fusion 9000. 14T turut menggunakan sistem tiga kamera yang sama tetapi dengan apertur ƒ/1.7 dan sensor Sony IMX906.

Selain itu, siri 14T didatangkan dengan ciri-ciri AI untuk memudahkan tugasan harian seperti AI Interpreter, AT Notes, AI Recorder, AI Image Editing, AI Eraser Pro, AI Film dan AI Portrait.

Menerusi kerjasama Google, siri 14T juga menjadi antara peranti pertami Xiaomi yang memperkenalkan ciri Circle to Search. Turut disertakan adalah aplikasi Google Gemini.

Untuk perkakasan pula, siri 14T menampilkan paparan AMOLED CrystalRes berukuran 6.67 inci yang menawarkan resolusi 1.5K (2712 x 1220) dengan ketumpatan piksel 446 ppi. 14T menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 8300-Ultra, manakala 14T Pro mendapat pemproses MediaTek Dimensity 9300+.

Kedua-dua model menggunakan bateri 5000mAh tetapi dengan kapasiti pengecasan yang berbeza iaitu 67W HyperCharge untuk 14T dan 120W HyperCharge untuk 14T Pro. Bukan itu sahaja, versi Pro juga didatangkan fungsi pengecas tanpa wayar 50W.

14T boleh didapati dalam warna Titan Blue, Titan Black dan Lemon Green, manakala 14T Pro didatangkan dalam warna Titan Gray, Titan Blue dan Titan Black.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved