fbpx

GWM Tank 300 rasmi dilancarkan, harga RM250,000

GWM Tank 300 01

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan pelancaran Tank 300 ke pasaran tempatan, hanya beberapa hari selepas kelompok pertama SUV off-road mewah itu tiba di Pelabuhan Klang.

Tank 300 diimport sepenuhnya dari China dan dijual pada harga RM250,000. Ia didatangkan dengan waranti selama enam tahun tanpa had perbatuan.

Tank 300 didatangkan dengan enjin petrol turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 220 PS dan 380 Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD) dengan mod 2H, 4H dan 4L dan differential depan dan belakang.

Walaupun digambarkan sebagai mewah, Tank 300 sememangnya dicipta untuk hutan rimba. Ia mempunyai jarak lega tanah 224 mm, kemampuan mendaki cerun dengan gradien sehingga 70%, sudut pendekatan 33 darjah, sudut keberangkatan 34 darjah dan boleh mengharungi air dengan kedalaman maksimum 700 mm.

Bukan itu sahaja, Tank 300 juga mempunyai fungsi Tank Turn yang akan mengunci tayar belakang belah dalam untuk membolehkannya membelok rapat di kawasan sempit.

Ciri kemudahan lain yang turut disertakan adalah Crawl Control (CCO), Transparent Casis yang membolehkan pemandu melihat keadaan sekeliling kenderaan termasuk bahagian bawah, serta sembilan mod pemanduan iaitu Standard (2H), Standard (4H), Snow Mode (4H), 4L Mode (Normal, Mud/Sand, Pothole, Mountain, Rock) dan Expert.

Dari segi kelengkapan pula, terdapat lampu LED, rim aloi 18 inci, tayar gantian pada tailgate, upholsteri kulit Nappa berwarna hitam, panel instrumen dan skrin sentuh infotainmen berukuran 12.3 inci masing-masing, Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna dan sistem audio Infinity dengan sembilan pembesar suara.

Tank 300 juga dilengkapi dengan ADAS Tahap 2 yang merangkumi ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Intelligent Cruise Assistance (ICA), Lane Central Keeping (LCK), Traffic Jam Assist (TJA), Lane Keeping Assist (LKA) dan lain-lain.

Terdapat juga kamera 360 darjah, serta ciri pembukaan kunci dan pemotongan bahan api secara automatik sekiranya berlaku pelanggaran. Kesemua ciri ini membolehkan Tank 300 diberi penarafan keselamatan 5 bintang ANCAP.

Sebagai tanda penghargaan daripada GWM Malaysia, 300 pemilik pertama Tank 300 akan mendapat penyelenggaraan percuma selama lima tahun/100,000 km (termasuk kos buruh dan alat ganti untuk setiap 10,000 km atau setiap enam bulan), dan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (untuk pemilik pertama sahaja).

300 pelanggan pertama juga akan menerima kit pengembaraan GWM x Thule yang mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg sandang Paramount Thule bernilai RM999.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan yang berjaya mendaftarkan kereta mereka selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi percutian pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China. Sepuluh pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved