Subaru WRX tS tampil dengan peredam adaptif, brek Brembo
SUBARU memperluaskan barisan model WRX di Amerika Syarikat dengan varian baharu yang dikenali sebagai tS atau Tuned by STI.
Secara visual, WRX tS tampil dengan cermin sisi, antena sirip yu dan spoiler belakang yang dicat dalam warna hitam, manakala angkup brek pula berwarna emas.
Selain itu, terdapat logo tS pada bahagian but dan untuk roda, model ini diberikan rim aloi berukuran 19 inci dalam warna Satin Gray dan tayar Bridgestone Potenza S007 berukuran 245/35.
Masuk ke dalam, anda akan mendapati meter konvensional telah digantikan dengan panel instrumen digital 12.3 inci. Ini bermakna pemandu tidak perlu lagi bergantung kepada skrin sentuh 11.6 inci untuk melihat peta dan panduan arah.
WRX tS didatangkan dengan kerusi Recaro Performance Design yang dibalut kemasan Ultrasuede berwarna hitam dengan aksen biru, serta logo WRX tS pada perehat kepala dan karpet.
Apa yang menarik, Subaru telah membuang moonroof bagi mengurangkan berat dan menyediakan ruang kepala yang lebih luas untuk pemandu yang memakai topi keledar.
Untuk tS, enjin turbo 2.4-liter empat silinder tidak disentuh langsung, bermakna enjin boxer itu masih menghasilkan 271 hp dan 350 Nm. Kuasa disalurkan ke roda oleh transmisi manual enam kelajuan, menerusi sistem pacuan Symmetrical All-Wheel Drive dan Active Torque Vectoring.
Walau bagaimanapun, jentera ini diberikan peredam yang dikawal secara elektronik dan sistem suspensi yang ditala semula oleh siapa lagi kalau bukan STI.
Pemandu boleh mengubahsuai prestasi dinamik peredam tersebut menerusi tiga tetapan yang disediakan iaitu Comfort, Normal dan Sport.
Prestasi membrek turut dipertingkatkan menerusi sistem brek Brembo yang merangkumi cakera yang lebih besar, serta angkup enam piston di depan dan dua piston di belakang.
Menurut Subaru, WRX tS akan membuat penampilan sulung pertamanya di himpunan peminat Subaru terbesar Amerika iaitu Wicked Big Meet di Stafford Motor Speedway, Connecticut pada 2 Jun depan.
Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
649232 439868I was wondering if you ever thought of changing the structure of your site? Its very well written; I love what youve got to say. But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having one or two images. Maybe you could space it out better? 796802
169364 744225My California Weight Loss diet invariably is an cost effective and versatile staying on your diet tv show produced for men and women who discover themselves planning to drop extra pounds and furthermore ultimately keep a considerably healthier habits. la weight loss 267730