Chery Malaysia tawar pakej Extra Peace of Mind – pakej servis 7 tahun, waranti enjin 10 tahun
CHERY Malaysia telah memperkenalkan pakej ‘Extra Peace of Mind’ yang ditawarkan khas kepada pemilik baharu Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.
Dengan bayaran tambahan sebanyak RM11,600, pelanggan akan mendapat pakej servis selama tujuh tahun dan jaminan enjin selama 10 tahun atau 1 juta km.
Pakej servis tersebut merangkumi penggantian item penyelenggaraan berjadual seperti minyak enjin, penapis minyak enjin, coolant radiator, bendalir brek, penapis udara, palam pencucuh, washer minyak enjin dan minyak transmisi untuk tujuh tahun pertama.
Menurut Chery, pakej Extra Peace of Mind menawarkan perlindungan hebat untuk kenderaan baharu, sekali gus membolehkan pemilik memastikan kenderaan mereka beroperasi pada tahap yang terbaik.
Komitmen ini oleh Chery tidak hanya menjamin perkhidmatan berkualiti terbaik tetapi juga meningkatkan nilai jualan semula kenderaan pada masa depan.
Bukan itu sahaja, pelanggan boleh yakin bahawa mereka tidak akan terjejas oleh peningkatan harga alat ganti dan kos penyelenggaraan dari masa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut tentang pakej Extra Peace of Mind, layari laman https://www.chery.my/ atau kunjungi pusat pameran Chery di seluruh negara.
Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
I do not even know how I ended up here but I thought this post was great I dont know who you are but definitely youre going to a famous blogger if you arent already Cheers.
350876 188252I got what you intend, saved to favorites , extremely decent internet site . 610406
249961 586870Thanks for all your efforts which you have put in this. quite intriguing information . 534893
38095 447378I just couldnt depart your web site prior to suggesting that I really enjoyed the standard info an individual give for your visitors? Is gonna be back often as a way to inspect new posts 810795