fbpx

Aveta Ranger Max Explorer dilancarkan – cub kembara pertama di Malaysia, RM6,988

Aveta Ranger Max Explorer 06

AVETA Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan motosikal cub kembara pertama di negara ini iaitu Ranger Max Explorer.

Boleh didapati dalam warna Sierra Yellow dan Forest Green, model ini direka untuk kegunaan di jalan raya dan laluan lasak.

Ia dikuasakan oleh enjin 127 cc SOHC empat lejang dengan teknologi sejukan udara yang menghasilkan 10 hp pada 8,000 rpm dan 10.5 Nm pada 5,500 rpm.

Apa yang menarik, enjin berkenaan boleh dihidupkan menggunakan penghidup elektrik atau pemula tendang (kick starter). Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi empat kelajuan.

Ranger Max Explorer mempunyai rangka jenis T-Bone dengan reka bentuk yang dipantenkan. Rangka ini dipadankan dengan fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar dengan tabung gas di belakang.

Ia menggunakan tayar jenis off-road bersama rim lidi berukuran 18 inci di hadapan dan 16 inci di belakang. Sistem brek pula merangkumi cakera tunggal di hadapan dan gelendong di belakang.

Sebagai motosikal pelbagai guna, Ranger Max Explorer didatangkan dengan bar hendal tinggi, tempat duduk rendah pada ketinggian 760 mm, jarak lega tanah 180 mm dan pemijak kaki yang diposisikan khusus untuk keselesaan semasa menunggang secara duduk atau berdiri.

Selain itu, motosikal ini juga mempunyai tangki bahan api berkapasiti 8.5 liter, pelindung enjin, meter digital, rak pada bahagian hadapan, tengah dan belakang serta port pengecas USB.

Aveta Ranger Max Explorer dijual pada harga bermula dari RM6,988 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ia didatangkan dengan jaminan waranti untuk dua tahun atau 20,000 km.

Ia akan berada adi semua wakil pengedar sah Aveta mulai 11 Disember 2023. 500 pelanggan pertama akan menerima kemeja-T Ranger Max Explorer yang eksklusif.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved