Tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A dilancarkan di Malaysia
BFGoodrich telah memperkenalkan tayar baharu ke pasaran Malaysia iaitu g-Force PHENOM T/A ke pasaran Malaysia.
Menurut syarikat itu, tayar jalan raya berprestasi tinggi ini dirumus untuk menaik taraf pengalaman pemanduan dalam kondisi basah mahupun kering, selain menjamin pemanduan yang cemerlang dari posisi henti, serta semasa membelok dan membrek secara agresif.
Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata, “Menjamin prestasi luar biasa dengan nilai yang hebat, tayar baharu ini dijangka mampu menarik perhatian para pengguna baharu terhadap jenama ini, dan mempelawa mereka untuk mengalami dunia pemanduan prestasi.”
Berikut adalah antara kelebihan utama tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A:
- Teknologi “Performance Racing Core” yang memelihara bentuk yang optimum semasa membelok pada kelajuan tinggi dan memberi kawalan maksimum
- Teknologi “Ulti-Grip” memberikan prestasikan prestasi basah yang cemerlang, manakala “Wide Circumferential Rain Grooves” menyingkirkan air dengan cepat
- “Solid Shoulder Blocks” lebih besar yang diilhamkan oleh pengalaman dalam sukan permotoran membolehkan pemandu membelok dengan lebih yakin sepanjang hayat tayar
- “Lateral Groove Damper” membantu mengurangkan bunyi semasa menyusur di jalan raya
- Didatangkan dengan waranti enam tahun untuk tayar kereta penumpang dan lori ringan
Tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A kini tersedia menerusi wakil pengedar BFGoodrich yang bertauliah di seluruh negara.
Ia ditawarkan dalam 25 saiz tayar dalam lingkungan 16 hingga 20 inci, dengan harga bermula dari RM500 hingga RM1,300.
Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.