fbpx

TUDM belum gantung penggunaan Hawk, tunggu siasatan selesai

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung nahas pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Foto ihsan Malay Mail
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung nahas pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Foto ihsan Malay Mail

PESAWAT pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.

Menteri Kanan Pertahanan berkata, keputusan menggantung pengunaan pesawat itu hanya ditentukan sebaik siasatan insiden kemalangan pada kelmarin selesai.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebarang keputusan juga tertakluk kepada keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung penggunaan pesawat itu.

“Keputusan itu kita serahkan kepada yang lebih pakar (lembaga siasatan khas) dalam hal ini, Panglima Angkatan Tentera akan melaporkan keperluan mereka,” katanya.

Pesawat pejuang Hawk milik TUDM. - Foto ihsan Wikipedia
Pesawat pejuang Hawk milik TUDM. – Foto ihsan Wikipedia

Pada selasa, sebuah pesawat jenis Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Nahas jam10.07 itu mengorbankan seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sementara seorang lagi anggota mengalami kecederaan.

Mangsa meninggal dunia adalah Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala, Mejar Mohd Fareez Omar merupakan anggota yang cedera.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2021 © ENGEAR TV | All Rights Reserved