fbpx

Harga tiket laluan ke Sabah, Sarawak kembali ke paras purata

Malaysia Airlines Berhad antara syarikat penerbangan yang memiliki petugas cukup berpengalaman dan berkepakaran tinggi. - Foto ihsan Malay Mail
Malaysia Airlines Berhad antara syarikat penerbangan yang memiliki petugas cukup berpengalaman dan berkepakaran tinggi. - Foto ihsan Malay Mail

HARGA tiket penerbangan laluan ke Sabah dan Sarawak akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa.

Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, kerajaan juga akan meneruskan pemantauan harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik.

Jelas Datuk Henry Sum Agong, harga tiket penerbangan yang tinggi itu adalah kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan Sarawak.

“Pada ketika itu, kekerapan penerbangan ke Sarawak berkurangan sebanyak 94 peratus berbanding semasa tempoh sebelum Covid-19.

“Bagi penerbangan antara Semenanjung dan Sabah, kekerapan penerbangan berkurangan sebanyak 89 peratus berbanding semasa tempoh sebelum Covid-19,” katanya.

Orang ramai digalakkan melakukan ujian kendiri sebelum melakukan perjalanan merentas negeri bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. - Foto ihsan Malay Mail
Orang ramai digalakkan melakukan ujian kendiri sebelum melakukan perjalanan merentas negeri bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. – Foto ihsan Malay Mail

Henry berkata demikian Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti).

Terdahulu, Lukanisman mengajukan pertanyaan mengenai langkah kerajaan mengurangkan harga tiket penerbangan dari Sarawak dan Sabah ke Semenanjung Malaysia.

Dakwa Lukanisman, harga tiket penerbangan terlalu mahal ketika negara berdepan pandemik Covid-19 selain berharap perkara itu dapat ditangani segera.

Sementara itu, harga tiket penerbangan ditentukan menggunakan kaedah dinamik dan mempraktikkan konsep ‘cross-subsidisation’.

Ia bermaksud, laluan penerbangan mencatatkan keuntungan akan menampung kos operasi laluan yang tidak mencatat keuntungan.

Sebelum ini, penerbangan Kuala Lumpur ke Miri dan Kuala Lumpur ke Sibu masih merekodkan harga tinggi iaitu antara RM530 hingga RM1600 untuk sehala.

Laluan Semenanjung ke Sabah pula, harga tiket lebih tinggi antara lapan peratus hingga 163 peratus berbanding pada 2019.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved