fbpx

Raih pendapatan RM67, Nazir teringin lagi jadi pemandu airasia ride

Datuk Seri Nazir Razak teruja menjadi pemandu airasia ride. Foto tangkap layar Youtube/airasia Super App
Datuk Seri Nazir Razak teruja menjadi pemandu airasia ride. Foto tangkap layar Youtube/airasia Super App

DATUK Seri Nazir Razak mengakui pengalaman sebagai pemandu e-panggilan merupakan suatu yang bermakna dan amat menggembirakan.

Nazir merupakan anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengakui dirinya bukan sahaja gembira kerana dapat beramah mesra bersama pelanggan malah, mampu menjana wang.

Memetik laporan DagangNews, Nazri dilaporkan memperoleh lebih RM67 setelah memandu lebih empat jam pada 31 Ogos lalu.

“Pemanduan selama empat jam membolehkan saya memperolehi RM67.

“Jika saya bekerja sepenuh masa, saya mungkin dapat memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM250 sehari.

“Saya juga berasa teruja untuk bertemu dengan ramai penumpang dan bersembang dengan mereka.

“Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi,” katanya.

Terdapat pilihan pemandu untuk keselesaan penumpang bagi aplikasi airasia ride. - Foto ihsan SoyaCincau
Terdapat pilihan pemandu untuk keselesaan penumpang bagi aplikasi airasia ride. – Foto ihsan SoyaCincau

Pada 31 Ogos lalu, Nazir yang juga adik kepada Datuk Seri Najib Razak diberi peluang menjadi pemandu airasia ride.

Antara pelanggan yang dibawa Nazir termasuk Pengerusi Eksekutif AirAsia Group, Datuk Kamarudin Meranun.

Airasia ride merupakan perkhidmatan e-panggilan dilancarkan kurang dari sebulan lalu.

Perkhidmatan itu setakat ini boleh didapati di Lembah Klang dan Langkawi pada semalam.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved