fbpx

PDRM terima 400 Toyota GS Cargo, kontijen Selangor dapat paling banyak

210726-pdrm-toyota.v002.jpg
Kontijen turut menerima kenderaan baharu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux. - Foto ihsan Facebook/Polis Kedah

POLIS Selangor menerima 35 unit kenderaan baharu pacuan empat roda model Toyota Hilux Single CAB 2.4 jenis GS Cargo (4WD GS Cargo).

Perolehan kenderaan baharu itu bertujuan melancarkan pergerakan anggota polis dalam menjalankan tugas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kenderaan itu mampu memuatkan 10 anggota untuk sekali penugasan.

Tambahnya, Selangor menerima kenderaan baharu terbanyak berbanding kontijen lain seluruh negara.

“Kita buat (perolehan) 400 pacuan empat roda GS Cargo merangkumi semua kontinjen.

“Untuk kontinjen Selangor kita bekalkan lebih sebanyak 35 buah kerana ia kontinjen yang besar dan mempunyai daerah yang banyak.

“Dalam tempoh dua minggu lagi insya-Allah serahan kenderaan pacuan empat roda GS Cargo ini akan dilakukan di Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya.

Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 25 Jun lalu. - Foto ihsan Malay Mail
Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 25 Jun lalu. – Foto ihsan Malay Mail

Mazlan ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Mazlan berkata kenderaan baharu itu sesuai bagi pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) dan light strike force (LSF).

Kontinjen Selangor telah menerima agihan 37 kenderaan bagi 2020 dan 2021 untuk kegunaan di IPD serta balai-balai polis.

Antara kenderaan terbabit termasuk 18 lori model Hino, tiga pacuan empat roda Toyota Hilux D/C 2.8 Black EDI dan dua Mitsubishi Triton 2.4 VG Premium.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved