fbpx

Riadah atas lebuh raya belum siap, betul cari penyakit!

Malang tidak berbau. Tindakan lelaki ini berjogging di kawasan lebuh raya yang masih dalam pembinaan amat berbahaya! - Foto ihsan Facebook/Brainless Malaysia Driver Edition
Malang tidak berbau. Tindakan lelaki ini berjogging di kawasan lebuh raya yang masih dalam pembinaan amat berbahaya! - Foto ihsan Facebook/Brainless Malaysia Driver Edition

TINDAKAN individu melakukan aktiviti jogging di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang masih dalam pembinaan mendapat kecaman di media sosial.

Rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan sebagai kurang bijak kerana ia mampu mengundang bahaya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Memetik hantaran Brainless Driver Malaysia Edition di Facebook, ada juga individu yang turut melakukan aktiviti berbasikal di kawasan tersebut.

“Apa ada hal. Kubur masing-masing kan,” tulis pemilik akaun Facebook tersebut.

Seorang wanita kelihatan sedang berjogging di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang masih dalam pembinaan. - Foto ihsan Facebook/Brainless Driver Malaysia Edition
Seorang wanita kelihatan sedang berjogging di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang masih dalam pembinaan. – Foto ihsan Facebook/Brainless Driver Malaysia Edition

Sementara itu, pihak SUKE menaikkan papan tanda amaran kepada orang ramai untuk tidak memasuki kawasan pembinaan.

Pada masa sama, pihak SUKE memaklumkan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana individu jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Insiden kemalangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. - Foto ihsan Malay Mail
Insiden kemalangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. – Foto ihsan Malay Mail

Sebelum ini, pernah berlaku insiden kemalangan di tapak pembinaan lebuh raya dikendalikan SUKE.

Mac lalu, beberapa pekerja asing maut di tapak pembinaan SUKE dekat Puncak Banyan, Cheras.

Insiden berlaku apabila komponen sebuah kren ‘launcher’ terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya terbabit.

Insiden turut menyaksikan seorang pengguna jalan raya cedera apabila kenderaan dipandunya ditimpa komponen kren terbabit.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved