fbpx

Petronas sokong Pelan Pemulihan Nasional, puji langkah kerajaan

Petronas tekad untuk terus memacu pertumbuhan di sebalik senario ekonomi tidak menentu
Petronas tekad untuk terus memacu pertumbuhan di sebalik senario ekonomi tidak menentu.

SYARIKAT Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyambut baik pengumuman Pelan Pemulihan Nasional oleh kerajaan pada semalam.

Petronas dalam satu kenyataan berkata, pelan disampaikan perdana menteri merupakan langkah ke hadapan merancakkan semula sosioekonomi negara.

Susulan daripada pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Petronas telah membangunkanstrategi sesuai untuk memacu sektor industri minyak dan gas.

“Strategi ini merangkumi pemboleh perniagaan utama Petronas seperti penyedia perkhidmatan dan penggiat lain berkaitan dalam ekosistem industri,” memetik satu kenyataan.

Terdahulu, Petronas berharap rancangan dirangka berjaya dengan disokong penguatkuasaan ketat prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan program vaksinasi.

Justeru, Petronas akan terus memberi peringatan kepada tenaga kerjanya agar patuh SOP sepenuhnya.

Syarikat itu juga akan menjalinkan kerajasama erat dengan pihak berwajib untuk memastikan pekerjanya segera diberi suntikan vaksin Covid-19.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved