fbpx

KSM: Majikan bawa pekerja positif Covid-19 naik lori ditegur

Sebuah lori ditahan polis kerana membawa pekerja positif Covid-19 tanpa langkah keselamatan sewajarnya
Sebuah lori ditahan polis kerana membawa pekerja positif Covid-19 tanpa langkah keselamatan sewajarnya.

TINDAKAN majikan membawa pekerja positif Covid-19 menaiki lori mendapat teguran Kementerian Sumber Manusia (KSM).

KSM dalam satu kenyataan berkata, majikan diminta menggunakan kenderaan sesuai bagi membawa pekerja yang dijangkiti Covid-19.

Jelas KSM, tindakan membawa pekerja positif Covid-19 menggunakan lori bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah, turut mengancam individu lain.

“KSM menggesa para majikan mengambil tindakan sewajarnya dalam membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja,” memetik kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial foto sekumpulan pekerja warga asing dibawa menaiki lori.

Kesemua pekerja positif Covid-19 dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda.

Polis mengesahkan 48 lelaki terbabit merupakan antara 135 pekerja kilang memproses ayam di Sungai Lalang, Sungai Petani.

Pemandu lori disaman kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan kerana menggunakan Lesen Kenderaan Memandu (LKM) bagi tujuan lain.

Pihak pengurusan kilang disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pada masa sama, siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan apa-apa penyakit.

Terdahulu, KSM menegaskan tidak akan berkompromi terhadap majikan yang melanggar undang-undang.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved