fbpx

Bumbung kaca hotel pecah ditimpa batu, dua lorong Jalan Pudu terjejas

Bumbung kaca sebuah hotel pecah dipercayai akibat ditimpa batu
Bumbung kaca sebuah hotel pecah dipercayai akibat ditimpa batu.

BUMBUNG kaca sebuah hotel di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pecah hari ini sehingga menghalang laluan trafik.

Insiden kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku selepas bumbung kaca di perkarangan hadapan hotel ditimpa batu dari tingkat atas.

Menerusi ciapan Info Trafik KL DBKL di Twitter, kelihatan dua Lorong jalan dipenuhi serpihan batu dan kaca.

Ia menyebabkan dua lorong terbabit terpaksa ditutup bagi kerja pembersihan.

Tiada laporan kemalangan membabitkan petugas hotel atau orang ramai dilaporkan.

Setakat berita ini dilaporkan, kerja pembersihan telah selesai dan lorong ditutup telah dibuka semula untuk kegunaan orang ramai.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved