fbpx

Angkara ‘wheelie’, lelaki kena cekup polis

Seorang lelaki ditaha polis selepas dipercayai melakukan aksi 'wheelie' di sekitar ibu negara
Seorang lelaki ditaha polis selepas dipercayai melakukan aksi 'wheelie' di sekitar ibu negara.

PADAH melakukan aksi berbahaya ala ‘wheelie’ di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, seorang lelaki ditahan pada semalam.

Memetik laporan Bernama, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas video dirinya melakukan aksi ‘wheelie’ tular di media sosial minggu lalu.

Sebelum ini, lelaki itu pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama.

Lelaki itu berdepan hukuman perintah khidmat masyarakat selama 12 bulan selain lesen memandu digantung selama dua tahun.

Terdahulu, polis mengesahkan motosikal dan pakaian digunakan dalam video tular telah disita untuk dijadikan bahan bukti.

Individu yang merakam video lelaki berkenaan juga masih dikesan pihak polis kerana disyaki bersubahat.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved