fbpx

Proton Wira dihempap pokok, lima sekeluarga terselamat

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.40 petang, semalam
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.40 petang, semalam.

LIMA sekeluarga berdepan detik cemas selepas kenderaan jenis Proton Wira dinaiki dihempap sebatang pokok dalam satu kejadian di Alor Gajah, Melaka.

Kejadian pada 6.30 petang semalam menyebabkan pasangan suami isteri cedera di bahagian kepala sementara tiga anak mereka mengalami cedera ringan.

Insiden turut membabitkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord.

Laporan pihak bomba memaklumkan lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kejadian pokok tumbang itu berlaku ekoran hujan lebat.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved