fbpx

Proton bina kilang penghentakan badan kereta baharu, labur RM200 juta

Kilang penghentakan badan kereta baharu membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar oleh Proton Holdings Bhd (Proton)
Kilang penghentakan badan kereta baharu membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar oleh Proton Holdings Bhd (Proton).

Proton Holdings Bhd (Proton) melabur lebih RM200 juta bagi membina kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim, Perak.

Projek dijangka siap menjelang suku ketiga 2022 akan menempatkan jentera hentakan ‘Superlarge’ bagi meningkatkan lagi kebolehan hentakan syarikat.

Perkembangan ini merupakan sebahagian rancangan Proton menambah tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan akan datang.

Selain itu, ia juga membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar.

Proton juga telah membelanjakan lebih RM1.2 bilion untuk barisan pengeluaran baharu pada 2019.

Memetik kenyataan media, Proton yakin mampu mengeluarkan pelbagai model serta produk bertaraf tinggi selain mempunyai teknologi baharu.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved