fbpx

MP Kepong lapor DBKL, Kancil ‘legend’ tunggu masa kena tunda

Keadaan kereta Kancil ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah mengundang bahaya kepada orang ramai
Keadaan kereta Kancil ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah mengundang bahaya kepada orang ramai.

Tindakan seorang lelaki yang masih memandu keretanya di jalan raya walau kenderaan itu sudah remuk teruk mendapat perhatian Ahli Parlimen Kepong.

Lim Lip Eng berkata, satu aduan telah dibuat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan terhadap kenderaan itu.

Menerusi hantaran di Twitter semalam, Lip Eng berkata DBKL telah mengenalpasti lokasi kereta jenis Perodua Kancil itu sebelum mengambil tindakan sita.

“Pihak pejabat saya sudah melaporkan kepada DBKL berkenaan kereta Kancil ‘legend’ ini.

“Mereka sudah tahu lokasinya. Sekarang tunggu masa untuk tunda.

“Tak boleh ‘Mat’, bahaya sangat kalau dibiarkan kat jalan. Tayar yang elok pun tinggal satu je adoi,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah kereta Kancil yang masih berada di jalan raya dalam keadaan remuk.

Orang ramai turut mempersoalkan bagaimana kenderaan itu masih boleh dipandu tanpa diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Jelas mereka, agak mustahil kenderaan itu tidak pernah bertembung dengan pihak berkuasa.

Ia kerana terdapat bilangan sekatan jalan raya yang banyak seluruh negara ketika ini bagi mengawal kenderaan susulan Covid-19.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved