fbpx

KL HOHO janjikan tour malam mempersona

Limpahan cahaya di waktu malam menyerlahkan 'seri' Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia
Limpahan cahaya di waktu malam menyerlahkan 'seri' Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.

WARGA Lembah Klang pasti tidak asing dengan kewujudan bas ‘double decker’ yang sering kelihatan ‘berkeliaran’ di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ramai juga belum merasai pengalaman menaiki bas dikenali dengan nama KL Hop-On-Hop-Off (HOHO) itu.

Persoalannya, apa yang menarik dengan KL HOHO ini?

KL HOHO ‘duta’ Kuala Lumpur

Tanpa disedari, KL HOHO telah beroperasi lebih 14 tahun.

Meniti usia perkhidmatan sepanjang itu, KL HOHO berjaya menjadi medium memperkenalkan ibu kota Kuala Lumpur kepada para pelancong dari dalam dan luar negara.

Orang ramai bukan sahaja boleh menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur tetapi turut disajikan dengan fakta dan informasi mengenai bandaraya ini.

Untuk itu, KL HOHO sentiasa mencari kelainan dan memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pengguna.

Terbaharu, KL HOHO memperkenalkan kembali lawatan atau tour waktu malam bagi memberi pengalaman berbeza kepada pelanggannya.

Selain cuaca lebih nyaman, tour di waktu malam juga memberi pemandangan berbeza dengan limpahan cahaya lampu warna-warni menara pencangkar langit.

Penumpang bakal dibawa mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa lokasi tumpuan termasuk Saloma Link, Menara Kuala Lumpur, Sungai Kehidupan, Istana Negara, Dataran Merdeka, Little India, Petaling Street dan Pasar Seni.

Warga Malaysia boleh mencuba tour malam menaiki bas KL HOHO bagi merasai pengalaman luar biasa sebagai pelancong
Warga Malaysia boleh mencuba tour malam menaiki bas KL HOHO bagi merasai pengalaman luar biasa sebagai pelancong.

Rasai pengalaman menaiki KL HOHO

Terdapat pelbagai cara untuk orang ramai mendapatkan tiket bas KL HOHO.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket secara dalam talian di beberapa platform termasuk www.myhoponhopoff.com dan www.klook.com.

Tiket juga turut dijual di kiosk KL HOHO yang terletak di Plaza Sungei Wang yang terletak di Bukit Bintang atau Malaysia Tourist Center, Kuala Lumpur.

Harga tiket bermula serendah RM24.00 (warganegara dewasa) dan RM15.00 (warganegara kanak-kanak).

Tour malam bermula pada jam 8.30 sehingga 10.30.

Jadi, sudah tahu apa aktiviti menarik untuk anda dan keluarga hujung minggu ini?

Rasai pengalaman tour malam di tengah ibu kota, Kuala Lumpur!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved