fbpx

Dr Mahathir puji Ativa, bangga dengan Perodua

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berbangga dengan kejayaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang semakin kompetitif dalam pasaran tempatan dan dunia
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berbangga dengan kejayaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang semakin kompetitif dalam pasaran tempatan dan dunia.

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuji syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang memberi saingan hebat dalam pasaran automotif.

Dr Mahathir berkata, produk dihasilkan Perodua bukan sahaja berkualiti malah memilki harga munasabah.

Jelasnya, ia sekaligus menjadikan kenderaan keluaran syarikat itu sebagai antara pilihan utama pengguna.

“Saya bangga Perodua kini menggunakan tenaga pakar anak tempatan yang kian bertambah dari masa ke masa dalam pengeluaran produknya.

“Sekarang anak tempatan turut terlibat dalam pembikinan reka bentuk dan enjin. Saya fikir harga Perodua juga munasabah selain berkualiti.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan banyak lagi yang perlu dilakukan,” katanya.

Terdahulu, sebuah video ringkas menunjukkan Dr Mahathir diperkenalkan dengan model terkini kenderaan utiliti sukan (SUV) Ativa.

Video dimuat naik akaun Dr Mahathir bin Mohamad di Facebook.

Perodua melancarkan model Ativa pada Mac lalu.

Model SUV terkini Perodua itu dilapor menggunakan lebih 95 peratus komponen tempatan.

Pengguna berminat boleh mendapatkan Ativa pada harga bermula RM61,500 hingga RM72,000 tanpa insurans.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved