fbpx

Kenderaan elektrik mampu milik bakal dipasarkan di Malaysia?

Kereta elektrik keluaran EV Innovations dikatakan mampu bergerak sejauh 300 kilometer dengan sekali pengecasan
Kereta elektrik keluaran EV Innovations dikatakan mampu bergerak sejauh 300 kilometer dengan sekali pengecasan.

IMPIAN bagi sebilangan besar rakyat Malaysia memiliki kenderaan elektrik dengan harga mampu milik semakin hampir menjadi kenyataan.

Terbaharu, syarikat pengeluar kenderaan elektrik iaitu EV Innovations dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan kenderaan elektrik dengan harga berpatutan di pasaran negara ini.

Selain itu, EV Innovations yang berpangkalan di Malaysia juga dikhabarkan berminat untuk menembus pasaran beberapa negara Asean yang lain.

Setakat ini, dipercayai kenderaan yang dihasilkan akan dijual sekitar harga RM30,000 sehingga RM40,000.

Bagaimanapun, EnGear masih belum menerima maklumat bila tarikh sebenar pelancaran kenderaan keluaran EV Innovations untuk pasaran negara ini.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2021 © ENGEAR TV | All Rights Reserved