Vespa Primavera dengan tema ‘Batik’ diumumkan

Selepas 56 tahun, Primavera kekal sebagai model paling popular pernah dihasilkan Vespa untuk pasaran global bermula sebagai skuter bersesaran 50cc 2-strok sehingga berkembang kepada enjin 125cc dan 150cc SOCH 4-strok hari ini.
Walaupun berenjin kecil namun Primavera adalah juara apabila menyelusuri kawasan bandar yang sesak terutamanya versi 150cc yang turut menjadi pilihan peminat Vespa di Malaysia.
Kombinasi enjin 150cc yang menawarkan 12.7hp dan 12.8Nm yang dipadankan bersama transmisi CVT serta rim 12-inci menjanjikan pengalamman menunggang yang bukan sahaja selesa malah responsif.
Terbaru, Vespa Primavera tampil lebih segar bagi tahun 2024 dengan mengambil inspirasi dari batik Indonesia yang mendapat pengiktirafan UNESCO.
Hasilnya, Vespa Primavera edisi istimewa ini menampilkan grafik batik di bahagian panel sisi belakang, tempat letak kaki dan juga panel depan. Selain itu, skuter ini turut datang dengan tempat duduk berwarna ‘cappucino brown’ dengan jahitan berwarna hijau.
Difahamkan, Vespa Primavera Batik ini akan ditawarkan untuk pasaran global dalam jumlah terhad.
785297 364152Hosting a blog composing facility (in a broad sense) requires unlimited space. So I suggest you to discover such internet hosting (internet space provider) that offer flexibility inside your internet space. 168551
683870 934023you use a wonderful blog here! do you wish to earn some invite posts on my small weblog? 299110
772553 286890View the following tips less than and uncover to know how to observe this situation whilst you project your home business today. Earn funds from home 882848