fbpx

Jenama China dijangka capai 33% pegangan pasaran global menjelang 2030

02 GAC AION Y Plus

PENGELUAR kenderaan dari China dijangka akan terus berkembang dengan pesat di pasaran luar negara untuk mencapai pegangan pasaran global sebesar 33% menjelang 2030, lapor firma perundingan AlixPartners.

Menurut firma itu, jualan di luar China dijangka meningkat dari 3 juta tahun ini kepada 9 juta menjelang 2030, mewakili peningkatan daripada 3% kepada 13% bahagian pasaran menjelang akhir dekad ini.

AlixPartners berkata ia menjangkakan jenama China akan berkembang merentasi semua pasaran di seluruh dunia. Bagaimanapun, ia menjangkakan pertumbuhan dengan kadar lebih perlahan di Jepun dan Amerika Utara (termasuk AS) di mana piawaian keselamatan kenderaan lebih ketat dan tarif 100% ke atas EV China yang diimport telah diumumkan.

“China ialah pengganggu baharu industri – mampu mencipta kenderaan yang mesti dimiliki yang lebih pantas untuk dipasarkan, lebih murah untuk dibeli, maju dalam teknologi dan reka bentuk serta lebih efisien untuk dibina,” kata Mark Wakefield, ketua bersama global bagi amalan automotif dan perindustrian di AlixPartners.

Di Amerika Utara, pembuat kereta China diramalkan hanya mencapai 3% bahagian pasaran, sebahagian besarnya di Mexico, di mana satu daripada lima kenderaan dijangka adalah daripada jenama China menjelang 2030.

Di kebanyakan wilayah utama dunia yang lain, AlixPartners melaporkan bahawa bahagian pengeluar dari China dijangka berkembang dengan pesat. Kawasan tersebut termasuk Amerika Tengah dan Selatan, Asia Tenggara dan Timur Tengah dan Afrika.

Di kebanyakan wilayah utama dunia yang lain (Amerika Tengah dan Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika), firma itu melaporkan bahawa bahagian pembuat kereta China dijangka berkembang dengan pesat.

Di China, pegangan pasaran bagi jenama-jenama tempatan dijangka bertumbuh daripada 59% kepada 72%. Pengeluar seperti General Motors dilihat mula perlahan di negara itu akibat peningkatan pesat industri automotif domestik dan syarikat-syarikat seperti BYD, Geely dan Nio.

Di Eropah pula, pegangan pasaran pengeluar kenderaan dari China dijangka meningkat dua kali ganda daripada 6% kepada 12% menjelang 2030, menurut AlixPartners.

Tambah firma itu lagi, jenama China berkembang dengan pantas kerana mereka mempunyai kelebihan kos, strategi pengeluaran setempat, dan kenderaan berteknologi tinggi yang memenuhi keperluan pengguna.

Bukan itu sahaja, pengeluar EV dari negara itu boleh mencipta produk baharu dalam masa 20 bulan, berbanding 40 bulan yang diperlukan oleh pengeluar lain. Mereka juga mempunyai kelebihan dari segi kos “Buatan China” sebanyak 35%.

Wakefield berkata, untuk pembuat kereta tradisional bersaing dengan pengeluar dari China, mereka perlu memikirkan semula proses pembangunan perniagaan dan kadar pembangunan kenderaan mereka.

Lihatkan Ulasan (6)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved