Volkswagen Golf GTI Clubsport baharu akan muncul 31 Mei ini


VOLKSWAGEN telah menyiarkan imej teaser bagi Golf GTI Clubsport baharu, yang akan didedahkan sepenuhnya kepada umum pada 31 Mei depan.
Walaupun masih dibalut pelekat samaran, hot hatch ini dilihat mempunyai lampu LED baharu, serta bampar depan dan belakang yang direka semula. Ia juga didatangkan dengan logo VW yang bercahaya serta spoiler yang besar untuk menjana downforce maksimum.
Golf GTI Clubsport akan didatangkan standard dengan rim aloi Queenstown berukuran 19 inci yang direka berinspirasikan rim Detroit yang diperkenalkan pada Golf Mk5.
Walau bagaimanapun, sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan rim tempaan Warmenau 19 inci dengan berat hanya 8 kg setiap satu.
Imej ruang dalaman tidak disiarkan namun menurut Volkswagen, model ini didatangkan dengan stereng sport baharu yang dibalut kulit, serta sistem infotainmen baharu yang dikatakan lebih intuitif. Turut disertakan adalah sistem bantuan suara IDA dengan fungsi Chat GPT.
Perubahan mekanikal juga masih menjadi misteri namun Volkswagen mendakwa yang Golf GTI Clubsport baharu ini akan menjadi model GTI pacuan roda hadapan yang paling berkuasa setakat ini.
Sebagai rujukan, Golf GTI Clubsport Mk8 yang diperkenalkan pada 2020 mempunyai 300 PS dan 400 Nm, membolehkan ia melakukan pecutan 0-100 km/j dalam bawah enam saat.
Apa yang kami tahu, model Clubsport baharu akan didatangkan dengan differential lock pada gandar depan dan mod pemanduan Special yang ditala khas mengikut litar Nurbugring Nordschleife. Kawalan casis adaptif (DCC) pula ditawarkan sebagai aksesori tambahan.

Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
618094 938692You made some first rate factors there. I seemed on the internet for the difficulty and located many people will go along with together with your site. 830760
327392 128883This is often a great weblog, could you be interested in working on an interview about just how you developed it? If so e-mail myself! 225513
320027 158446I believe so. I believe your write-up will give those people a very good reminding. And they will express thanks to you later 365438