Nissan Hyper Force mungkin akan jadi GT-R generasi baru menjelang 2030
Tahukah anda, Nissan GT-R (tiada kaitan dengan Skyline GT-R) merupakan antara model tertua Nissan yang masih lagi terjual sehingga sekarang, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2007.
Biarpun agak berusia, Nissan GT-R sebenarnya masih lagi menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak 584 peratus di Amerika Syarikat.
Satu persoalan yang kerap ditanya, bilakah generasi baharu GT-R akan muncul?
Pada acara Japan Mobility Show 2023 beberapa bulan yang lalu, Nissan memberikan bayangan kehadiran GT-R generasi baharu menerusi model Hyper Force.
Ia merupakan sebuah supercar dengan rekaan yang agak agresif, tetapan dua motor elektrik, sistem pacuan semua roda dan kuasa yang mampu mencecah 1,341 hp.
Kini, syarikat itu memberikan petunjuk konsep tersebut mempunyai peluang untuk direalisasikan menjadi model produksi sebenar menjelang tahun 2030.
Dalam temubual bersama Autocar, pengarah rekaan program Nissan Giovanny Arroba merujuk Hyper Force sebagai “satu impian berani tapi nyata untuk dicapai menjelang akhir dekad”.
Beliau menambah, reka bentuk, perkadaran, dan stance Hyper Force tidak direka berdasarkan fantasi semata-mata.
Sementara itu, ketua produk global Nissan Ivan Espinosa sebelum ini mendedahkan perancangan untuk menantikan saat teknologi bateri keadaan pejal (solid-state battery) menjadi matang sebelum melancarkan GT-R berkuasa elektrik.
Espinosa juga tidak menolak kemungkinan untuk menambah motor ketiga atau keempat pada GT-R baharu, sementara varian Nismo pula mungkin akan mempunyai kapasiti bateri yang kecil untuk mengurangkan berat badan.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.
372048 707779If you are interested in imagine a alter in distinct llife, starting up normally the Los angeles Surgical procedures fat reduction method is a large movement to be able to accomplishing which normally notion. shed belly fat 357363
642441 994499You could certainly see your enthusiasm in the function you write. The world hopes for far more passionate writers like you who arent afraid to say how they believe. Always go right after your heart. 544462
609411 977484whoah this weblog is magnificent i love reading your posts. Maintain up the great function! You know, lots of folks are looking around for this information, you can aid them greatly. 304909
196508 310904hello admin, your website pages pattern is simple and clean and i like it. Your articles are remarkable. Remember to keep up the great work. Greets.. 801944