Ford Mustang GT3 bakal gegar 24 Hours of Le Mans 2024!
PERLUMBAAN 24 Hours of Le Mans 2024 bakal menyaksikan kemunculan jentera lumba terbaru dari Ford iaitu Mustang GT3.
Jentera ini akan menyertai perlumbaan endurance terkemuka itu dengan livery baharu dengan gabungan warna oren, biru, ungu dan merah yang direka oleh pereka terkenal iaitu Troy Lee. Ini merupakan kali pertama Lee terlibat dalam penghasilan livery untuk jenama itu.
Selain itu, ia juga menampilkan logo terkini Ford Performance yang lebih ringkas yang akan digunakan pada semua jentera lumba Ford selepas ini.
Menurut Ford Performance, Mustang GT3 dibina menggunakan Mustang Dark Horse sebagai asas. Ia memakai kit badan agresif yang merangkumi splitter dan canard pada bahagian depan, fender yang lebih lebar, spoiler gergasi dengan tiang jenis swan neck, serta diffuser pada bahagian belakang.
Untuk projek ini, Ford Performance meneruskan kerjasama mereka dengan Multimatic dan M-Sport. Multimatic, yang sebelum ini terlibat dengan projek Ford GT, akan membina Mustang GT3 ini, manakala M-Sport pula bertanggungjawab memasang enjin Coyote 5.4-liter V8 yang merupakan nadi jentera ini.
Kuasa tidak didedahkan, namun Ford memberitahu bahawa Mustang GT3 ini dilengkapi dengan suspensi lengan pendek-panjang, kotak gear transaxle pada gandar belakang, panel badan gentian karbon dan pakej aerodinamik yang mematuhi piawaian GT3.
Sebelum ke Le Mans yang akan berlangsung pada Jun 2024, Mustang GT3 akan bersaing dalam pelbagai siri perlumbaan GT3 di seluruh dunia menerusi pasukan pelanggan.
Pasukan pertama yang akan mempertaruhkan kereta ini adalah Proton Competition yang berpangkalan di Ehingen, Jerman. Pasukan itu akan mempertandingkan dua buah Mustang GT3 dalam kejohanan FIA World Endurance Championship bermula tahun depan.
Bukan itu sahaja, Ford Performance dan Multimatic Sports juga akan menyertai kelas GTD Pro IMSA dengan dua buah Mustang GT3.
Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
362217 434140I like what you guys are up also. Such intelligent work and reporting! Maintain up the superb works guys Ive incorporated you guys to my blogroll. I feel itll improve the value of my website . 115020
912853 263200really great post, i definitely really like this superb internet site, continue it 833874
501912 615781Hello there! Good post! Please inform us when all could see a follow up! 418607
31977 402852Intriguing post. Ill be sticking about to hear significantly far more from you guys. Thanks! 708394
237056 257561Quite nicely written story. It will likely be useful to every person who utilizes it, as well as myself. Maintain up the very good work – i will undoubtedly read far more posts. 347452