fbpx

Enam syarikat setuju henti keluar kenderaan guna bahan bakar menjelang 2040

Persoalan mengenai kuasa beli kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana terus jadi persoalan. - Foto ihsan Mercedes-Benz
Persoalan mengenai kuasa beli kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana terus jadi persoalan. - Foto ihsan Mercedes-Benz

ENAM syarikat automotif dikatakan bersetuju menghentikan penghasilan kenderaan berenjin menggunakan bahan api petrol dan diesel.

Memetik laporan Nikkei Asia, kesemua syarikat automotif berkenaan bersetuju menamatkan pengeluaran kenderaan menggunakan bahan api menjelang tahun 2040.

Antara syarikat dimaksudkan termasuk Ford, General Motors, Volvo, Mercedes-Benz, BYD dan Jaguar Land Rover.

Terdahulu, satu perbincangan diadakan antara kerajaan British dengan beberapa pengeluar kenderaan pada sidang berkaitan cuaca (COP26) di Glasgow.

Volvo antara syarikat memberi komitmen untuk menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030. - Foto ihsan Volvo Car Malaysia
Volvo antara syarikat memberi komitmen untuk menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030. – Foto ihsan Volvo Car Malaysia

Perbincangan antara lain memberi tumpuan terhadap penamatan penghasilan kenderaan berenjin menggunakan bahan bakar selain memperhebat pengeluaran electric vehicle (EV).

Bagaimanapun, masih terdapat pengeluar kenderaan tidak terlibat dengan perjanjian dimeterai.

Syarikat terbabit termasuk Volkswagen dan Toyota selain beberapa syarikat dari China serta Jerman.

Setakat ini, penghasilan EV kebanyakannya dihasilkan oleh syarikat automotif mewah dengan harga yang agak tinggi.

Justeru, wujud persoalan mengenai nasib golongan pertengahan sama ada mempunyai peluang untuk memiliki EV atau sebaliknya.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved