fbpx

Cuaca buruk, pelancaran roket bawa NanoDragon Vietnam tertangguh

Teknologi aeroangkasa sentiasa bergerak pantas dengan kebanyakan negara mula melancarkan satelit untuk tujuan telekomunikasi dan keselamatan. - Foto ihsan JAXA
Teknologi aeroangkasa sentiasa bergerak pantas dengan kebanyakan negara mula melancarkan satelit untuk tujuan telekomunikasi dan keselamatan. - Foto ihsan JAXA

USAHA Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) melancarkan roket ke angkasa tergendala akibat masalah cuaca.

Keadaan angin kencang dibimbangi mengundang risiko tinggi untuk meneruskan pelancaran roket tersebut.

Memetik laporan Agensi Berita Vietnam (VNA), Roket diberi nama Epsilon-5 itu turut membawa sembilan satelit kecil termasuk NanoDragon Vietnam.

Minggu lalu, agensi itu turut melaporkan berlaku masalah pada peralatan radar darat yang memantau kedudukan dan kelajuan Epsilon-5.

NanoDragon, satelit seberat 3.8 kilogram dibangunkan Pusat Angkasa Vietnam di bawah Akademi Sains dan Teknologi Vietnam.

Satelit itu dihantar ke Jepun dan diuji di Pusat Angkasa Uchinoura di wilayah Kagoshima.

Ia kemudian secara rasmi dipindahkan ke JAXA untuk dilancarkan di bawah program  demonstrasi teknologi satelit inovatif ke-2.

Bilik pelancaran roket Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA). - Foto ihsan JAXA
Bilik pelancaran roket Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA). – Foto ihsan JAXA

Fakta mengenai satelit NanoDragon Vietnam

Penciptaan satelit NanoDragon memperlihatkan usaha Vietnam meningkatkan kawalan keselamatan.

Selain itu, ia juga menjadi batu loncatan kepada Vietnam untuk meneroka industri aeroangkasa sekaligus menjana ekonomi, sosial dan kewujudan peluang pekerjaan.

Satelit ini antara paling ringan pernah dihasilkan dan menggunakan teknologi terkini dalam mengumpul data dari ruang angkasa.

Antara negara yang pernah melancarkan satelit seperti NanoDragon Vietnam termasuk Australia, Norway, Belanda, Poland, Turki dan Colombia.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2021 © ENGEAR TV | All Rights Reserved