fbpx

IAA 2021: BMW dedah mampu hasilkan kenderaan kitar semula

BMW jenama antarabangsa disegani. - Foto ihsan BMW
BMW jenama antarabangsa disegani. - Foto ihsan BMW

PAMERAN Motor Antarabangsa Jerman (IAA) bermula Selasa memberi fokus kepada promosi kenderaan mesra alam.

Ia dilihat sebagai usaha meransang penghasilan kenderaan mesra alam dalam kalangan pemain industri permotoran dunia.

Mengangkat tema ‘What will move us next’, ia bukan sahaja mengetengahkan kenderaan seperti kereta malah, mempromosikan basikal elektrik.

“Kami komited dalam memperkenalkan kenderaan mesra alam dan misi yang perlu dilunaskan adalah dengan meneruskan kegemilangan industri permotoran Jerman,” kata Presiden IAA Hildegard Mueller.

IAA 2021 menyaksikan lebih 700 peserta terdiri daripada pengeluar kenderaan, basikal dan komponen automotif.

Penghasilan kenderaan elektrik menjadi fokus utama kebanyakan pengeluar automotif ketika ini. - Foto ihsan Facebook/IAA2021
Penghasilan kenderaan elektrik menjadi fokus utama kebanyakan pengeluar automotif ketika ini. – Foto ihsan Facebook/IAA2021

BMW antara wakil Jerman yang terlibat dalam pameran antarabangsa ini berkata, syarikat itu bersedia menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2025.

Jelas Ketua Operasi Eksekutif (CEO) BWM, Oliver Zipse, BMW juga sedang bercadang menghasilkan kenderaan daripada bahan kitar semula secara 100 peratus.

Apa yang lebih mengagumkan, kenderaan tersebut juga boleh dikitar semula sekaligus mampu mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar.

BMW antara syarikat yang serius menghasilkan kenderaan mesram alam. - Foto ihsan BMW
BMW antara syarikat yang serius menghasilkan kenderaan mesram alam. – Foto ihsan BMW

Sementara itu, sebuah lagi syarikat kenderaan Jerman iaitu Mercedes-Benz juga membuat kejutan pada pameran ini dengan memperkenalkan tujuh model terbaharu.

Syarikat itu yakin pameran ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan teknologi mereka kepada dunia sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan baharu dalam dunia automotif.

 

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved