fbpx

Honda CRF250R 2022 lebih ringan, pengendalian hampir sempurna

210803-honda-crf250r-v004.jpg
CRF250R 2022 lebih ringan berbanding model sebelumnya. - Foto ihsan Honda

HONDA memberikan ‘suntikan’ baharu kepada model motocross CRF250R 2022.

Pembaharuan itu menjadikan model ini lebih ringan dengan berat keseluruhan 104 kilogram.

Bagi mencapai sasaran itu, Honda berjaya melakukan pengurangan berat pada bahagian kerangka termasuk subframe.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Honda, jentera ini juga memiliki pretasi lebih baik ketika mengambil selekoh selain ketepatan pengendalian lebih sempurna.

Model CRF250R 2022 dikatakan mempunyai pengendalian lebih sempurna. - Foto ihsan Honda
Model CRF250R 2022 dikatakan mempunyai pengendalian lebih sempurna. – Foto ihsan Honda

Enjin CRF250R 2022

CRF250R 2022 masih menggunakan enjin unit satu silinder 249.4 cc DOHC.

Bagaimanapun, terdapat perubahan pada bahagian head dan intake.

Secara tidak langsung, kuasa jentera ini berjaya dinaikkan lebih 10 peratus dengan tork meningkat kepada 15 peratus.

Kuasa CRF250R 2022 lebih bertenaga! - Foto ihsan Honda
Kuasa CRF250R 2022 lebih bertenaga! – Foto ihsan Honda

Terdapat tiga mod kuasa bagi CRF250R 2022 iaitu standard, lebih lembut dan agresif.

Sistem launch control elektronik yang disediakan juga mampu mengekalkan kitaran enjin bermula pada 8,250, 8,000 dan 9,500 rpm sewaktu memulakan pecutan!

Selain itu, tempat duduk jentera ini juga 10mm lebih rendah berbanding model sebelumnya dengan jarak kelegaan dari tanah 333mm.

Antara kelebihan lain adalah penggunaan fork USD 49mm Showa di hadapan termasuk piston baharu yang lebih besar.

Harga di pasaran setakat ini bermula $AS8,000 atau bersamaan RM33,780.

Jentera ini dikatakan lebih ergonamik. - Foto ihsan Honda
Jentera ini dikatakan lebih ergonamik. – Foto ihsan Honda
Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved