fbpx

Model elektrik Honda bakal ke AS, Prologue nama diberi

206992936_630817684977270_6376732702622415581_n
Prologue ketika dipamerkan kepada orang ramai dalam satu pameran kenderaan baru-baru ini. - Foto ihsan Facebook/Gaming Live Stream

HONDA buat julung kali mengumumkan nama bagi kenderaan elektrik pertamanya.

Model dikenali sebagai Prologue dijangka akan memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun 2024.

Selain itu, Honda turut bercadang akan membawa masuk kenderaan elektrik pertamanya itu ke Amerika Utara di bawah jenama Acura.

Pembangunan kenderaan elektrik ini adalah hasil kerjasama strategic antara Honda dan General Motors (GM).

Setakat ini, Honda hanya mendedahkan nama model tersebut namun, masih belum memperkenalkan perincian lain terutama membabitkan bahagian enjin dan reka bentuk.

Model Prologue bakal menemui pengguna di Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. - Foto ihsan Facebook/Oleole Live
Model Prologue bakal menemui pengguna di Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. – Foto ihsan Facebook/Oleole Live

Honda x GM

Kerjasama Honda dan GM meliputi dua komponen iaitu bahagian enjin dan interior dalaman.

Memetik laporan media, GM bertanggungjawab membangunkan platform EV modular dan akan menggunakan teknologi bateri ultium.

Bagaimanapun, rekaan luaran dan dalaman dibangunkan oleh Honda.

Menerusi satu kenyataan, Honda menjangkakan akan terus memperkukuh sistem hibrid dalam usaha menarik minat pelanggan untuk mendapatkan kenderaan elektrik keluaran mereka.

Sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda memaklumkan syarikat itu merancang meningkatkan pengeluaran model AV.

Toshihiro Mibe yang berkata demikian pada April lalu turut memaklumkan Honda serius untuk meneroka lebih luas pasaran kenderaan elektrik di AS dan China menjelang 2030.

Jelasnya, menjelang tahun 2040, Honda berharap mampu mengeluarkan 100 peratus kenderaan jenis elektrik di seluruh dunia.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved