fbpx

Kontrak MotoGP: Bos KTM dedah sikap Binder

Brad Binder merupakan antara pelumba MotoGP yang sentiasa memberi 'kejutan' di atas litar
Brad Binder merupakan antara pelumba MotoGP yang sentiasa memberi 'kejutan' di atas litar.

PELUMBA MotoGP Brad Binder kekal bersama pasukan Red Bull KTM Factory sehingga musim 2024.

Ia susulan keputusan pelumba kelahiran Afrika Selatan itu memperbaharui kontrak baharu selama tiga tahun.

Mengakui gembira dengan keputusan tersebut, Binder bertekad untuk terus memberikan aksi terbaik pada kejohanan akan datang.

“Saya sangat gembira dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun lagi.

“Bersama KTM, banyak pengalaman menakjubkan telah dilalui. Ia adalah suatu yang menyeronokkan apabila mendapat kepercayaan daripada pasukan,” katanya.

Kontrak baharu ini secara tidak langsung menjadikan Binder bersama pasukan itu selama lebih 10 tahun.

Pada perlumbaan MotoGP di Mugello minggu lalu, Binder berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Ia merupakan keputusan terbaik pelumba itu musim ini dengan mengumpul 35 mata keseluruhan.

Pit Beirer akui teruja dengan sikap 'pantang mengalah' ditunjukkan Binder dalam setiap perlumbaan
Pit Beirer akui teruja dengan sikap 'pantang mengalah' ditunjukkan Binder dalam setiap perlumbaan.

Sementara itu, Pengarah KTM Motorsports Pit Beirer berkata, pasukan itu amat menyenangi hasil kerja ditunjukkan Binder selama ini.

Katanya, pelumba itu memiliki mentaliti seorang juara selain tidak pernah berputus asa untuk memberikan keputusan terbaik untuk pasukan.

“Ini adalah kontrak yang mudah untuk diputuskan kerana pasukan amat senang dengan Binder.

“Sebagai pelumba, Binder tidak pernah menghampakan pasukan dengan sikapnya yang sentiasa berusaha memberikan terbaik.

“Kami amat berbangga untuk bersama Binder pada musim seterusnya,” katanya.

Brad Binder pernah mewakili pasukan Abrogio Racing pada 2013
Brad Binder pernah mewakili pasukan Abrogio Racing pada 2013.

Lima fakta mengenai Binder

1. Binder merupakan pelumba yang dilatih di Akademi KTM GP

2. Binder memenangi lebih 15 perlumbaan di peringkat Moto3 dan Moto2

3. Pada tahun 2020, Binder pernah menerima status ‘Rookie of the Year

4. Mencipta rekod peribadi di Itali minggu lalu dengan kelajuan 362.5 km/j

5. Merupakan pelumba Afrika Selatan pertama memenangi perlumbaan Grand Prix Republik Czech pada tahun 2020

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved