fbpx

Kenderaan elektrifikasi: Lexus jual dua juta unit seluruh dunia

Lexus terus berusaha untuk menghasilkan kenderaan yang bebas pencemaran karbon
Lexus terus berusaha untuk menghasilkan kenderaan yang bebas pencemaran karbon.

USAHA Lexus menjadi salah satu pengeluar kenderaan terkemuka dunia tampaknya berada di landasan tepat.

Syarikat itu kini berjaya mencapai angka jualan dua juta kenderaan teknologi elektrifikasi di seluruh dunia.

Setakat ini, terdapat sembilan model model hibrid dan elektrik keluaran Lexus meliputi lebih 90 negara.

Menjelang tahun 2025, Lexus menyasarkan pengeluaran 20 model baharu menggunakan teknologi hybrid dan elektrik.

Langkah itu bukan sahaja demi memenuhi usaha pelestarian alam sekitar malah, menepati visi ‘Lexus Electrified’ yang dilancar pada 2019.

Pada masa sama, Lexus bercadang memansuhkan penggunaan enjin konvensional dan digantikan dengan teknologi elektrifikasi menjelang tahun 2050.

LF-Z Electrified bukan sahaja 'menawan' malah, memiliki kuasa yang luar biasa
LF-Z Electrified bukan sahaja 'menawan' malah, memiliki kuasa yang luar biasa!

Selain itu, Lexus juga difahamkan sedang membangunkan teknologi sistem pacuan semua roda Direct4 dan steer-by-wire untuk kenderaannya.

Model konsep LF-Z Electrified misalnya menggunakan sistem ini menghasilkan kuasa 400kW (536hp) dan 700Nm tork.

Lexus mendakwa ia mampu mencapai pecutan 0 – 100 km/j dalam masa tiga saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j!

Bagi memberi kepuasan menyeluruh kepada pengguna, Lexus turut menggunakan bateri lithium-ion 90kWh sejukan cecair bagi kenderaannya.

Penggunaan bateri itu dikatakan mampu menyediakan jarak 600 kilometer selain mempunyai pengecasan pantas 150kW.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved