LEXIN Malaysia lancar tiga produk interkom Bluetooth, harga serendah RM98.00

interkom Bluetooth LEXIN

LEXIN Malaysia secara rasmi melancarkan tiga produk interkom Bluetooth untuk pasaran Malaysia.

Berikut merupakan senarai produk dan harga jualan:

  • LEXIN Zen One – RM98.00
  • LEXIN G2 EVO – RM258 (atau RM498 untuk versi dual pack)
  • LEXIN MTX Trico – RM498

LEXIN Zen One

Interkom berbentuk bulat ini direka untuk penunggang harian, termasuk rider e-hailing yang banyak menghabiskan masa di jalan raya.

Antara cirinya yang ditawarkan termasuklah:

  • sistem pembatalan hingar DSP dan CVC
  • pembesar suara 40 mm yang didakwa kekal jelas sehingga kelajuan 150 km/j
  • tempoh penggunaan sehingga 25 jam
  • sokongan arahan suara Siri dan S-Voice
  • kalis percikan air

Zen One hadir dalam pilihan warna hitam, jingga, biru, hijau dan merah jambu.

LEXIN G2 EVO

G2 EVO menggunakan Bluetooth 5.4 dengan fungsi dwi-Bluetooth untuk pelbagai sumber audio.

Ia turut mempunyai ciri seperti:

  • pembesar suara HD 40 mm
  • sistem pembatalan hingar
  • jarak interkom sehingga 1,200 meter
  • bateri 1,000 mAh (penggunaan muzik sehingga 30 jam atau interkom 15 jam)
  • pengecas pantas USB Type-C
  • sarung luar yang boleh ditukar

G2 EVO hadir dalam pilihan warna hitam, hijau, merah dan biru.

LEXIN MTX Trico

MTX Trico pula direka untuk mereka yang gemar berkonvoi atau menunggang secara berkumpulan.

Teknologi Mesh 3.0 menyediakan sehingga 10 saluran dan komunikasi sehingga 24 orang.

Ia turut menyokong interkom Bluetooth antara dua penunggang dengan jarak komunikasi sehingga 2,000 meter.

Ciri lain termasuklah:

  • pembesar suara LEXIN Pulse 43 mm
  • perkongsian muzik
  • sistem pembatalan hingar
  • pengecasan pantas USB Type-C
  • kalis percikan air

Pengalaman lebih 20 tahun

LEXIN mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi audio dan komunikasi Bluetooth.

LEXIN juga memiliki lebih 10 pakar penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman serta lebih 100 paten antarabangsa.

Setiap interkom LEXIN diuji dan diperakui mengikut piawaian CE, FCC, IC, KC serta MCMC.

Jenama ini dipasarkan di 11 negara, dengan tanda dagangan berdaftar di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun.

Setakat ini, sudah lebih tiga juta unit produk LEXIN telah terjual di seluruh dunia.

Jaminan

Setiap interkom hadir dengan jaminan dua tahun, manakala bateri dilindungi selama tiga tahun.

Sebarang kecacatan pengilangan layak mendapat penggantian satu dengan satu di pengedar sah LEXIN dengan mengemukakan resit pembelian.

 

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved