Volvo Secret Sale kembali 14-15 November ini, tawar rebat tunai sehingga RM70,000

Volvo Secret Sale

Volvo Car Malaysia kembali dengan Secret Sale di seluruh negara pada 14 dan 15 November 2026.

Pelanggan boleh menikmati penjimatan menerusi rebat tunai sehingga RM70,000 serta rebat tambahan eksklusif untuk model-model terpilih.

Tawaran utama Volvo Secret Sale

Antara tawaran utama kali ini ialah Volvo XC90, SUV tujuh tempat duduk yang kini hadir dengan rebat tunai sehingga RM70,000.

Tidak ketinggalan, Volvo XC60 yang hadir dengan rebat tunai RM55,000.

Sempena Volvo Secret Sale selama dua hari, kedua-dua model ini turut menawarkan rebat tambahan eksklusif.

EX30 Cross Country

Selain itu, terdapat juga Volvo EX30 Cross Country yang boleh dimiliki pada harga serendah RM185,000.

Terhad kepada 50 unit, model ini hadir dengan rebat tunai RM21,000 serta rebat tambahan eksklusif sepanjang acara berlangsung.

Tawaran menarik turut tersedia untuk model berikut:

  • Volvo EX30 Ultra Single – rebat tunai RM30,888
  • Volvo EC40 Single Motor – rebat tunai RM30,000
  • Volvo ES90 – rebat tunai RM41,000
  • Volvo EX90 – rebat tunai RM29,000

Bagi memudahkan pemilikan, Volvo Car Finance turut menawarkan pakej pembiayaan dengan kadar faedah serendah 2%, serta kelulusan hari yang sama.

Pelanggan boleh membuat prapendaftaran sebelum berkunjung ke bilik pameran pilihan mereka.

Selepas mendaftar, mereka akan menerima kod QR untuk ditunjukkan di bilik pameran bagi menikmati tawaran tambahan eksklusif.

Volvo Secret Sale berlangsung 14-15 November 2026 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di semua pengedar Volvo di seluruh negara.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved