HLYM lancar rangkaian BLUE, rancang lebih 20 model baharu di Malaysia

HLYM BLU

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan perancangan untuk memperluas perniagaan Big Bike di Malaysia.

Ia adalah sejajar dengan pertumbuhan pesat segmen motosikal 250cc dan ke atas di Malaysia.

Tambah penawaran model baharu

Sebagai satu cara untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran, HLYM akan memperbaharui operasi perniagaan Big Bike bagi model import sepenuhnya (CBU).

Di bawah strategi ini, HLYM akan memperluas barisan model sedia ada daripada tujuh kepada lebih 20 model terdiri daripada unit CBU dan pemasangan tempatan (CKD).

Untuk itu, HLYM menjalinkan kerjasama dengan Yamaha Motor Co. Ltd. dan DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd (DHAS) melibatkan kepakaran pengilangan, pengedaran dan pemasangan.

Tiga komponen utama BLU

Selain itu, HLYM turut mengumumkan rangkaian Big Bike ‘BLU’, satu ekosistem menyeluruh merangkumi
aspek jualan, perkhidmatan selepas jualan, gaya hidup dan penglibatan komuniti.

Rangkaian baharu BLU ini adalah seperti berikut:

BLU Nexus

BLU Nexus berperanan sebagai bilik pameran utama premium di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh.

Pengunjung boleh melihat pelbagai kategori motosikal, menilai posisi tunggangan dan ketinggian pelana, serta mendapatkan pakaian dan barangan rasmi Yamaha.

BLU Universe

Ini pula merupakan rangkaian pengedar premium untuk motosikal CKD 250 cc dan ke atas, bermula 1 Januari 2027.

Difahamkan 19 cawangan akan diperkenalkan secara berperingkat di seluruh Malaysia menjelang Q1 2028 termasuk empat cawangan pertama menjelang akhir 2026.

Setiap BLU Universe dilengkapi dengan pusat servis bersepadu BLU CARE dikendalikan oleh juruteknik bertauliah dan penasihat servis, serta sokongan alat ganti tulen.

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah:

  • pengambilan dan penghantaran motosikal pintu ke pintu
  • kemudahan mencuci dan menggilap motosikal
  • latihan kemahiran menunggang percuma bagi setiap pembelian
  • pemasangan kelengkapan menunggang secara percuma
  • perkhidmatan ‘bike concierge’ untuk tujuan simpanan dan penyelenggaraan motosikal

BLU Point

Yamaha Y16ZR-R 2026

Terdiri daripada 43 pengedar BLU Point di seluruh negara yang menyediakan akses kepada motosikal Yamaha bawah 250 cc.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved