Aveta Falcon 180 2026 rasmi di Malaysia, harga dari RM9,798
Ia dijual pada harga RM9,798 atas jalan tanpa insurans.
Spesifikasi
Falcon 180 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 174cc dengan sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api elektronik Bosch.
Enjin itu menghasilkan 18.2 hp @ 8.500 rpm dan 17.2 Nm @ 6,500 rpm.
Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik CVT untuk tunggangan yang lebih lancar dan mudah.
Bagi memenuhi karakter pengembaraannya, Falcon 180 dilengkapi dengan fork hadapan jenis terbalik (USD), penyerap hentak belakang bersama tabung gas luaran serta kelegaan tanah setinggi 140 mm.
Turut ditawarkan ialah kedudukan pemijak kaki kedua, membolehkan penunggang berdiri ketika melalui laluan tidak rata bagi memudahkan pengagihan berat badan dan kawalan motosikal.
Sistem brek menggunakan ABS dwi saluran, disokong kawalan cengkaman (TCS) yang boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut keadaan tunggangan.
Antara ciri lain termasuklah:
- hendal boleh laras
- penghadang angin boleh laras
- skrin sentuh TFT tujuh inci
- kamera rakaman hadapan terbina dalam
- sistem kunci pintar
- tangki bahan api 14 liter
- ruang simpanan yang luas
- lampu LED sepenuhnya
- Sistem Henti Melahu (ISS) boleh laras
Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Storm Grey, Sahara Bronze dan Alpine White.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.














