Volvo Car Malaysia rasmi buka pusat 2S baharu di Kuching, Sarawak

Volvo 2S Kuching
VCM-VolvoCarKuchingLaunchShoutOut_29Sept

Volvo Car Malaysia secara rasmi membuka pusat 2S baharu di Kuching, Sarawak.

Dikendalikan oleh Sebangga Group, fasiliti ini memberikan fokus sepenuhnya kepada penawaran servis selepas jualan dan alat ganti.

Pihak Sebangga Mitsinbo sudah pun merancang untuk menaik taraf fasiliti ini menjadi sebuah pusat jualan rasmi.

Pelanggan yang berminat untuk membeli model baharu Volvo boleh membuat pesanan melalui cawangan Sebangga Mitsinbo sedia ada di Kota Kinabalu.

Chris Wailes, Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia & Thailand berkata, “Kami komited untuk memastikan rangkaian pusat servis kami sentiasa kukuh dan mudah diakses.

“Membawa masuk Sebangga Mitsinbo ke Kuching memastikan pemilik kenderaan kami di Sarawak mendapat penjagaan terbaik tanpa kompromi, lantas menjadikan pusat ini sebagai salah satu tonggak utama dalam rangkaian nasional kami.”

Dato’ Arif Ambrose Ng, Pengerusi Sebangga Group menambah: “Kami amat berbangga dapat memperkukuhkan lagi kerjasama bersama Volvo Car Malaysia dan akhirnya melebarkan sayap Sebangga ke Sarawak.

“Kami kini memberikan tumpuan penuh untuk menawarkan servis bertaraf tinggi, namun dalam masa yang sama, kami sangat teruja untuk mengubah ruang ini menjadi destinasi jualan yang lengkap pada masa hadapan.”

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved