MODENAS Elegan EX 250 2026 kini dengan tiga warna baharu, dapat kotak GIVI percuma!

Modenas Elegan 250 EX 2026

Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengemas kini penawaran skuter Elegan 250 2026 dengan tiga warna baharu.

Warna yang dimaksudkan ialah Light Sage Green, Matte Brown dan Bright Grey Blue.

Setiap pembelian Elegan EX 250 didatangkan dengan kotak storan barang GIVI percuma bernilai RM500, tertakluk kepada stok, terma dan syarat.

Spesifikasi kekal

Skuter ini masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal 250 cc dengan kuasa 22.1 hp @ 7,000 rpm dan daya kilas 22.4 Nm @ 6,500 rpm.

Antara ciri lain termasuklah:

  • tangki bahan api 14 liter
  • sistem brek cakera depan dan belakang
  • sistem ABS dua saluran
  • suspensi fork teleskopik hadapan/penyerap hentak berkembar di belakang

MODENAS Elegan EX 250 ini sudah boleh didapati di semua pengedar sah MODENAS bermula Julai 2026.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved