UMW Toyota Motor jual lebih 20,800 unit kenderaan sepanjang Q2 2026
Sepanjang Jun 2026, UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kenderaan melebihi 7,300 unit.
Pencapaian ini menjadikan jumlah jualan suku kedua (Q2 2026) melebihi 20,800 unit dan jumlah jualan setakat ini (YTD) melepasi 36,200 unit.
Kukuh strategi Multi-Pathway
Sepanjang suku kedua, UMWT terus mengukuhkan strategi elektrifikasi Multi-Pathway, menawarkan pilihan mobiliti yang lebih meluas.
Antaranya ialah:
- Toyota bZ4X
- Toyota Urban Cruiser BEV
- Toyota Hilux BEV
Selain itu, UMWT melancarkan model Yaris Cross serba baharu dalam varian ICE dan HEV.
Dengan cara ini, UMWT memberikan kuasa kepada pelanggan untuk memilih teknologi yang paling sesuai dengan penggunaan harian mereka.
Tidak ketinggalan, pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan menerusi Program Extra Mile yang menawarkan manfaat, ganjaran serta ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan.
Datuk Ravindran K., Presiden UMWT berkata, “Prestasi suku kedua mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap rangkaian produk dan pilihan yang kami bawa ke pasaran.
“Dengan pendekatan Multi-Pathway, inovasi mobiliti masa depan dan inisiatif pemilikan harian, kami terus menyampaikan penyelesaian yang relevan, boleh diharap dan bermakna untuk rakyat Malaysia.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.
