Suzuki Jimny AllGrip Plus 2026 kini dengan fungsi ADAS, harga RM158,900
Naza Eastern Motors mengumumkan kemas kini penawaran bagi model SUV off-road Suzuki Jimny AllGrip Plus 2026.
Dengan penambahbaikan terbaharu ini, Jimny AllGrip Plus dijual pada harga dari RM158,900 atas jalan tanpa insurans.
Spesifikasi
Jimny AllGrip Plus dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter (K15B) yang mampu menjana kuasa 100 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 130 Nm @ 4,000 rpm.
Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan dan sistem pacuan AllGrip Pro yang menawarkan pilihan pacuan 2H, 4H dan 4L.
Penambahbaikan
Antara perubahan yang dibawakan pada Jimny AllGrip Plus ialah:
- penambahan penderia parkir depan dan belakang, lengkap dengan sonar
- cermin sisi boleh lipat berkuasa elektrik dengan fungsi pemanas
- sistem infohibur sebesar 9-inci dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto
Secara standard, Jimny AllGrip Plus didatangkan dengan ciri keselamatan seperti:
- Bantuan Mendaki Bukit (HHC)
- Bantuan Menurun Cerun (HDC)
- 6-beg udara SRS
Selain itu, Jimny AllGrip Plus kini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) merangkumi fungsi berikut:
- Pengelakan Keluar Lorong (LDP)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan
- Sokongan Brek Penderia Berkembar II (DSBS II)
Suzuki Jimny AllGrip Plus ditawarkan dalam enam pilihan warna badan iaitu:
- Kinetic Yellow + Bluish Black Pearl
- Chiffon Ivory + Bluish Black Pearl
- Jungle Green
- Medium Grey
- Bluish Black Pearl
- Pure White Pearl
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.


















