Auto Bavaria, Performance Motors Malaysia anjur pameran Sime Motors MotorExpo 2026 5-7 Jun ini
Auto Bavaria bersama Performance Motor Malaysia menganjurkan acara pameran Sime Motors MotorExpo 2026 pada hujung minggu ini.
Berikut merupakan perincian lokasi acara tersebut:
- Tarikh: 5 hingga 7 Jun 2026
- Tempat: Dewan A XOX Arena, The Arch Galleries Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak
- Masa: 10.00 pagi hingga tengah malam.
- Masuk: Percuma
Acara terbesar yang pernah dianjurkan oleh kumpulan pengedar tersebut akan mempamerkan barisan kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.
Promosi menarik daripada jenama BMW
Jenama BMW akan mempamerkan pelbagai produk dalam porfolionya termasuklah sedan mewah, SUV, kenderaan elektrik penuh dan jentera M berprestasi tinggi.
Terdapat juga pakej pemilikan menarik termasuklah:
- BMW X3 30 xDrive M Sport dengan ansuran bulanan RM3,340 bersama set hadiah Braun Buffel percuma bernilai RM4,800
- BMW X1 eDrive20L M Sport dengan rebat menarik dan kadar faedah serendah 1.68 peratus daripada BMW Financial Services Malaysia
Barisan model menarik MINI
Jenama MINI akan menampilkan 10 edisi dan pilihan yang merangkumi kenderaan petrol, elektrik serta portfolio John Cooper Works.
Yang bakal mencuri tumpuan ialah:
- MINI Aceman Electric dengan kadar pembiayaan eksklusif serendah 0.88 peratus menerusi BMW Financial Services Malaysia
- MINI Paul Smith Edition, kolaborasi khas dengan pereka fesyen British
Pelanggan yang membeli mana-mana model MINI sepanjang acara berlangsung akan menikmati rebat tunai, set fon kepala Sony percuma (bernilai RM1,999) serta pelekat kereta eksklusif.
Barisan motosikal premium BMW Motorrad
BMW Motorrad pula akan menampilkan barisan motosikal premium yang menyemarakkan semangat kembara, penjelajahan dan tunggangan prestasi tinggi.
Satu model baharu, iaitu BMW F 450 GS akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Jun 2026 jam 11.00 pagi.
Para pengunjung berpeluang melihat BMW Motorrad The Jahre yang meraikan kerjasama Auto Bavaria dengan BMW Motorrad selama 33 tahun di Malaysia.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.