Mitsubishi Triton Raider (2027) untuk Australia – gaya rali, suspensi dipertingkat

Mitsubishi Triton Raider exterior

Mitsubishi telah memperkenalkan Triton Raider baharu, versi lebih ekstrem yang dibangunkan di Australia, untuk pasaran Australia.

Dibangunkan oleh syarikat tempatan iaitu Premcar, ia direka sebagai jentera yang sedia untuk aktiviti lasak dan pengembaraan terus dari kilang.

Rekaan luaran

Mitsubishi Triton Raider exteriorBerasaskan varian GSR dwi-kabin, Triton Raider tampil lebih garang dengan rim aloi ROH 18-inci yang lebih lebar dalam kemasan Brushed Bronze, dipadankan dengan tayar all-terrain bersaiz 285/60. Offset unik turut meningkatkan lebar trek sebanyak 20 mm, memberikan trak pikap ini stance yang lebih tegap.

Perubahan visual lain termasuk grafik sisi ‘sandstorm’, lencana Raider pada tailgate, serta pelindung bawah enjin (sump protector) di bahagian hadapan. Sports bar hitam dan rel bumbung pula dikekalkan untuk penampilan lasak berinspirasikan rali.

Casis dan suspensi

Mitsubishi Triton Raider exteriorNaik taraf utama terletak pada bahagian casis. Premcar telah menala semula sistem suspensi dan stereng untuk prestasi off-road yang lebih mantap tanpa menjejaskan keselesaan harian.

Antara perubahan termasuk spring gegelung hadapan yang lebih tinggi, talaan damper baharu, serta jarak pergerakan suspensi yang lebih tinggi untuk menyerap hentakan dengan lebih baik. Damper turut dilengkapi piston lebih besar dan kapasiti minyak lebih tinggi, membantu mengekalkan prestasi dalam keadaan beban berat atau pemanduan lasak berpanjangan.

Bukan itu sahaja, hasil daripada ujian lasak sejauh 7000 km, ketinggian Raider dinaikkan sebanyak 25 mm di hadapan dan 15 mm di belakang, sekali gus meningkatkan kelegaan tanah dan keupayaan off-road.

Ruang dalaman

Mitsubishi Triton Raider interiorDi dalam kabin, perubahan tidak begitu ketara, namun varian ini masih boleh dibezakan menerusi perincian khas termasuk sulaman Raider pada perehat kepala hadapan serta lencana pada konsol tengah. Kemas kini untuk tahun 2026 turut membawakan sistem Mitsubishi Connect.

Enjin dan prestasi

Mitsubishi Triton Raider interiorTiada perubahan dari segi trenkuasa. Raider masih menggunakan enjin turbodiesel 2.4-liter yang menghasilkan 204 PS dan 470 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan serta sistem pacuan empat roda. Keupayaan menunda dijangka kekal pada 3500 kg.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved