fbpx

Persaingan sengit, Honda tutup satu kilang di Thailand tahun depan

Front Building

Honda Motor dilapor akan menutup salah satu daripada kilang pengeluarannya yang terletak di wilayah Ayutthaya tahun hadapan berikutan saingan sengit yang dihadapinya.

Menurut laporan Reuters, pengeluar itu merancang untuk menyatukan pengeluaran kenderaan di kilang Prachinburi, sementara kilang Ayutthaya pula akan dijadikan sebagai hab pengeluaran alat ganti.

Honda juga dilapor akan membuat pelaburan tambahan di kilang Prachinburi bagi membolehkan mereka beralih daripada pemasangan kenderaan berenjin pembakaran dalaman kepada produksi kenderaan bernadikan enjin hibrid.

 

 

Kilang pemasangan kenderaan pertama Honda dibuka di wilayah Ayutthaya pada tahun 1996, manakala kilang kedua pula dibuka di wilayah Prachinburi pada tahun 2016.

Persaingan yang sengit dihadapi daripada pengeluar automotif China menyaksikan Honda terpaksa berpuas hati dengan jumlah jualan di bawah julat 100,000 unit sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Malah, sejak 2019 jumlah angka produksi yang dicatatkan oleh dua kilang di Thailand itu menurun daripada 228,000 unit kepada bawah 150,000 unit dalam tempoh yang sama sehingga tahun lepas (2023).

Lihatkan Ulasan (1)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved