fbpx

Saham Tesla menurun, Musk bukan lagi individu kedua terkaya dunia

Pengasas Tesla Elon Musk sering mengeluarkan kenyataan kontroversi sehingga menjejaskan pasaran ekonomi
Pengasas Tesla Elon Musk sering mengeluarkan kenyataan kontroversi sehingga menjejaskan pasaran ekonomi.

PENGASAS Tesla, Elon Musk hilang kedudukannya sebagai individu kedua terkaya di dunia.

Agensi berita Sputnik melaporkan ia susulan penurunan 2.2 peratus saham syarikat kenderaan elektrik itu.

Musk kehilangan $3.16 juta atau bersamaan RM3,033,420.00 susulan penurunan saham syarikatnya.

Sebelum ini, Musk dilaporkan berkata syarikatnya tidak lagi menerima sebarang bayaran dalam bentuk mata wang digital.

Kenyataan menerusi laman media sosial Twitter itu memberi impak negatif dengan menyaksikan penurunan saham Tesla.

Tindakan Musk pada masa sama menyaksikan harga Bitcoin menjunam lebih dari 10 peratus kepada sekitar $42,200.

Ini bukan kali pertama kenyataan Musk di media sosial telah mempengaruhi pasaran perdagangan.

Pada 13 Mei lalu, harga Bitcoin ditutup setelah Musk mengumumkan Tesla berhasrat berhenti menerima mata wang kripto.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved