fbpx

Warga emas lintas jalan, sikap pemandu lori tarik perhatian warga maya

Tindakan seorang pemandu lori membantu lelaki warga emas melintas jalan dipuji ramai
Tindakan seorang pemandu lori membantu lelaki warga emas melintas jalan dipuji ramai.

SIKAP mulia ditunjukkan seorang pemandu lori dengan memberhentikan kenderaan bagi membantu lelaki warga emas melintas jalan di garisan zebra mendapat pujian ramai.

Menerusi video tular di media sosial, kejadian menyentuh hati itu dilaporkan berlaku di negara jiran, Singapura.

Rata-rata warga maya menyifatkan tindakan pemandu lori memberhentikan kenderaan di tengah kesibukan jalan raya bagi membantu warga emas tersebut sebagai satu tindakan mulia.

Selain itu, ada juga yang memuji sikap pengguna jalan raya lain yang turut sama memberhentikan kenderaan bagi memudahkan warga emas terbabit melintas jalan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan identiti pemandu lori berhati mulia itu.

Bagaimanapun, kami di EnGear ingin meluahkan rasa kagum dengan sikap ditunjukkan pemandu lori dan pengguna jalan raya lain selain berharap ia menjadi inspirasi kepada semua pihak.

Pengajaran daripada kisah ini, tidak salah kalau kita melakukan kebaikan dan bertolak ansur di jalan raya.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Semoga kita terus aman dan berhemah di jalan raya!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved